Fifi's POV :
Serentak kami semua menoleh ke arah tangga, arah di mana suara Ary tiba-tiba kedengaran menyapa. Mata hazelnya lurus memanah wajah Aunty Yana dengan riak penuh tanda tanya.
"A-ary, hai..caro." bergetar bibir Aunty Yana menyapa gadis itu.
Gugup. Ya, wanita itu kelihatan gugup.
"What're you doing here?" langkahnya kembali diatur menuruni anak tangga yg selebihnya saat menyoal.
"Mama..ermm ada benda nak cakap dengan Ary." senyuman nipis Aunty Yana terukir.
Wajah si gadis merah serta-merta berkerut.
"Benda apa yg penting sangat sampai perlu datang sini? Kau Blake? Kenapa ada dekat sini? Kau yg bawak mama datang sini?" bertubi-tubi Ary menyoal dua manusia yg tiba-tiba muncul di rumah agamnya itu.
Beberapa saat selepasnya, riak keliru Ary berubah. Postur tubhhnya kelihatan tegang.
"Answer me now." langkahnya mula diatur ke arah Blake dan juga Aunty Yana.
Blake pula terus mengeluh berat saat mata Ary tajam merenungnya.
"Let us get straight to the point. Mama kau nak kau balik. Aku cancel job ni dengan kau."
"Masalah kau ni macam mana?" gadis itu menyoal pula dengan riak seriusnya.
"Aku akan deal dengan orang lain untuk settlekan benda ni." laju Blake menjawab.
"Jadi kau lebih percayakan orang lain daripada aku?"
"I know some mafias that can be trusted."
"Apa masalahnya sampai kau nak cancel kerja ni dengan aku?"
"Your mother doesn't allow you to come here."
"Oh really?" Ary membalas sinis dengan keningnya yg sudah terjongket naik ke atas menyoal bapa saudaranya.
Keluhan berat milik Blake kedengaran lagi. Ketika lelaki itu mengangkat wajah memandang kanannya, renungan tajam milik Aunty Yana pula yg menikam.
"Fine. That's my mistake." matanya kembali merenung Ary. "Tapi sekarang, kau kena balik."
"Kenapa? Takut aku menggila dekat sini?" sinis lagi si gadis merah membalas.
Blake dan Aunty Yana kelihatan tersentak dengan bicara si gadis. Berubah riak wajah kedua-duanya.
"Kenapa kau terkejut? Betul kan apa yg aku cakap?" gadis itu seolah-olah sedang mencabar Blake.
"Look, you know that you can be not stable in many situations because of this, caro. Please..let's get back home?" suara lembut milik Aunty Yana pula yg kedengaran.
Wajah ibunya Ary pandang lama.
"Ary cuma stay one week je dekat sini. Ary akan selesaikan semua masalah Blake as soon as I can within this one week. You don't need to be worried." tidak bernada lagi si gadis merah membalas.
"Tapi mama nak Ary balik sekarang. Please-"
"No." tegas Ary memotong seraya berpeluk tubuh.
Blake bersuara lagi. "Dengarlah cakap mama kau. Aku akan cuba selesaikan masalah aku dekat sini. Technically, yes this is my fault. And aku..uh, mintak maaf."
Aku tersentak.
Wajah yg lain turut terpamer tidak percaya dengan apa yg baru sahaja didengar sebentar tadi.
Blake mintak maaf? This is a whole new level. Apa benda yg berlaku sebenarnya ni? Why so serious?
Sedari tadi lagi kami semua hanya mampu diam mendengar perbicaraan tiga beranak itu dan setakat ini, tiada sesiapa pun yg berani campur tangan atau membuka bicara untuk menyampuk.

YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Misterio / SuspensoWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...