Ary's POV :
Pedal minyak aku tekan lagi sekuat hati sebaik sahaja membelok selekoh untuk masuk ke kawasan hutan yg menempatkan villa milik Darkrose. Saat ini aku hanya ingin cepat sampai ke sana dan bersiap untuk bertemu muka dengan Evil Rings nanti.
Ya, Rudy yg telah menyerang markas Black Maniac sebentar tadi.
Tiada sesiapa antara ahli Black Maniac yg terbunuh setakat ini namun Rudy memberitahu namanya kepada Marcello supaya lelaki itu menyampaikan berita kepadaku siapa sebenarnya yg telah menyerang mereka.
Dapat aku rasakan ada sesuatu- bukan sesuatu tetapi banyak perkara yg bakal berlaku malam ini.
Entah kenapa perasaanku tidak enak. Bukan kerana tidak bersedia namun ada sebabnya yg lain. Sebab yg aku tidak pasti apa.
Mungkin aku terlepas pandang tentang sesuatu?
Gigiku terketap menggenggam stereng kenderaan apabila kembali memikirkan tentang tindakan Rudy yg begitu berani menyerang Blake. Lelaki itu sudah terlalu jauh melangkah berbanding dengan musuh-musuh Darkrose yg lain.
Rayyan di sebelah yg kelihatan bimbang tidak aku hiraukan. Beberapa kali juga dia memintaku agar bertenang namun amarahku pula hanya meningkat setiap saat masa berlalu. Cermin pandang belakang aku lirik sekilas.
Kenderaan Nia sedang mengikut rapat di belakangku manakala Fifi di belakangnya. Rina yg paling akhir pula tetap berjaga-jaga andai ada yg mengikut atau ingin menyerang lagi.
Sampai sahaja di pagar hadapan villa, kenderaanku dipecut lagi melepasi pagar tersebut memandangkan ianya sudah terbuka secara automatik sebelum aku tiba.
Belum sempat melalui bulatan kolam di hadapan villa untuk ke laman hadapan, kakiku secara automatik bergerak menekan kuat brek kereta akibat pemandangan yg terbentang di hadapan mata. Tubuhku dan Rayyan serta-merta ke hadapan tanpa sempat aku sendiri bersedia manakala beberapa bunyi tayar kenderaan yg bergeser kuat dengan jalan tar kerana brek mengejut kedengaran di belakangku.
Pintu kereta aku buka lalu segera melangkah keluar. Jantungku usah dikata berdegup dengan sangat laju saat ini.
Tubuh kaku itu terbaring tepat di hadapan tayar kenderaanku. Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk digilis andai aku tidak menekan brek sebentar tadi.
Peluh timbul di dahi dan tapak tanganku saat aku mengecam pakaian yg dipakai si lelaki dan juga gaya rambutnya.
"Ary, kenapa kau tiba-tiba-" bicara Nia yg baru sahaja turun dari kenderaannya terhenti, turut terganggu dengan tubuh kaku di hadapan kami.
Langkahku diatur mendekati tubuh tersebut. Lelaki itu sedang tenggelam di dalam kolam darahnya sendiri. Terlalu banyak darahnya yg ditumpahkan malam ini. Sebahagian daripadanya bahkan mengotori lututku saat aku jatuh berlutut di sisinya.
Tanpa sedar, aku berdoa dalam diam. Kepada sesiapa sahaja yg mendengar.
Berdoa bahawa lelaki ini bukanlah lelaki yg serta-merta datang ke dalam fikiranku sebaik sahaja melihat pakaian dan gaya rambutnya.
"Ary?" suara Rina kedengaran.
Perlahan tanganku bergerak memaut bahunya lalu menterbalikkan tubuh lelaki itu agar aku dapat melihat wajahnya.
Dalam sekelip mata, darahku kering dan tanganku menggeletar sebaik sahaja wajahnya yg bersalut darah merah pekat kini jelas buat penglihatanku.
"No..."
Pada saat itulah tubir mataku terasa panas dan cecair jernih mula mengaburi mata. Kepalaku digeleng perlahan.
"No..no no no no. No, this is not happening. No, please, please, please no. Please..."
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...