Ary's POV :
Dengusan kasarku terlepas sebaik sahaja selesai meneliti segala kandungan kertas kerja yg terbaru disiapkan oleh Fifi sepanjang ketiadaanku. Tidak berpuas hati dengan apa yg dihidangkan di hadapan mata, rambut hadapanku terus diraup kasar.
"Alex!" nama lelaki itu dilaung kuat.
Beberapa minit selepasnya, lelaki berkacukan Cina itu akhirnya muncul di hadapan pintu pejabatku.
"Yes boss?"
Riak penuh tanda tanya miliknya aku renung tajam.
"Tolong panggilkan Fifi untuk aku."
"Baik boss," laju sahaja langkahnya diatur meninggalkanku untuk mendapatkan si gadis pink.
Perlahan tubuhku disandarkan pada kerusi kulit empuk di belakangku. Kacamata bulat besarku dicabut sebelum tanganku kembali naik mengurut pelipis sendiri yg mula terasa berdenyut. Sudah beberapa hari berlalu sejak hari sukan sekolah dan juga perlawanan bola keranjang bersama Quinns. Selama beberapa hari itu juga aku terlalu sibuk dengan kerja yg banyak tertangguh di pejabatku setiap hari selepas pulang dari sekolah. Terlalu banyak yg perlu disiapkan disebabkan arahanku sebelum ini agar Darkrose tidak berurusan dengan sesiapa kecuali jika tidak dapat dielakkan. Mataku dipejam rapat dengan keluhan namun hanya buat sebentar cuma saat ada suara yg menyapa dari muka pintu pejabatku yg sudahpun terbuka lebar.
"Ary? Kenapa?"
Wajahku terus berkerut saat Rina dan Nia yg melangkah masuk dan bukannya Fifi yg dipanggil.
"Aku panggil Fifi. Where is she?"
Wajah kedua-dua gadis itu terus berubah menjadi tidak selesa, kelihatan serba salah.
"Kenapa?" aku menyoal lagi dan kali ini lebih keras disertai dengan renungan tajam buat kedua-duanya.
"Err Ary- umm, Fifi d-dia-"
Laju sahaja aku memotong bicara si gadis ungu. "Jangan cakap dekat aku yg dia masih terperuk je dekat dalam bilik tu and menangis tak berhenti daripada semalam."
Kedua-duanya tersentak. Wajahku kini dipandang ragu, mungkin bimbang andai aku akan mengamuk kepada Fifi jika mereka memberitahu hal yg sebenarnya. Rambutku kembali diraup perlahan saat kedua-duanya masih tidak merespon. Gigiku terketap. Nia yg melihat pantas bersuara berusaha ingin menjelaskan.
"Ary, dia memang tak boleh nak move on pasal benda tu. Bercakap dengan kitaorang pun dia taknak apatah lagi nak dengar nasihat kitaorang."
Mendengarkan itu, nafas berat aku hela keluar. Wajah dua gadis di hadapanku kini direnung lama.
"Korang macam mana?"
"Kitaorang okay." laju Rina menjawab bagi pihaknya dan juga Nia yg hanya mengangguk kecil di sebelah.
Aku hanya mengangguk sedikit tanda mengerti sebelum bangun berdiri. "I'll talk to her."
° ° °
Naik ke tingkat atas di mana bilik kami berempat dan juga Nana berada, pintu bilik berwarna pink lembut di hadapanku terus diketuk beberapa kali.
Tiada jawapan atau pergerakan kedengaran dari dalam, hanya bunyi esakan kecil yg tersedu-sedan tanpa henti. Tanganku naik mengetuk lagi namun kali ini jeritan marah yg kedengaran buatku.
"I said leave me alone!"
Hanya itu sahaja dan aku terus memulas tombol pintu bilik tersebut tanpa berlengah. Sememangnya tidak berkunci. Tidak mampu dikawal mataku yg serta-merta membulat saat melangkah masuk ke dalamnya. Semua barangan gadis itu berselerakan di semua tempat. Mataku yg liar memerhati sekeliling akhirnya berhenti pada figura ramping si gadis pink yg sedang duduk memeluk lutut di atas katilnya sendiri. Wajahnya dibenamkan di antara dua lututnya yg dibawa rapat ke dada. Menutup pintu di belakangku, langkah diatur penuh berhati-hati ke arahnya. Esakannya semakin kuat kedengaran memandangkan jarak antara kami berdua juga semakin dekat.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Bí ẩn / Giật gânWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...