Ary's POV :
Aku tersedar pada pagi itu dengan bunyi alarm dari telefon pintarku di sisi katil. Bangun membersihkan diri dan bersiap dengan hanya memakai jeans hitam di dalam bilik pakaianku, balutan pada bahagian perut aku perkemaskannya satu persatu sebelum menyarung t-shirt dan juga jaket hitam. Kebanyakan luka di tubuhku sudahpun hampir kering. Pergelangan tangan kanan dan juga pergelangan kaki kiriku turut aku balutkan dengan balutan putih. Hari ini tubuhku terasa lebih segar dan bertenaga berbanding sebelumnya. Meneliti wajahku di hadapan cermin, tanganku naik memegang kesan calar yg berada di sekitar pipi dan juga kawasan pelipisku. Terdapat juga torehan singkat di bahagian hujung kening kiriku.
Cermin mata hitam terus dicapai dan dipakai, menutup terus jejak lebam kebiruan yg mengambil tempat di mata kiriku. Saat aku berpusing sedikit ke sisi di hadapan cermin, Beretta kesayangan yg sudah diselitkan di waistband bahagian belakang jeans yg dipakai menyapa imbasan mata. Aku tersenyum sinis. Perfect.
Now I need coffee.
Melangkah keluar dari bilik, bunyi sesuatu yg kedengaran kasar dari arah kananku segera menarik perhatianku untuk menoleh.
Hunter, dengan Pillo. Anak kucing Savannah itu sedang mencakar pintu bilik Fifi dan juga mengiau kecil tanpa henti. Pillo yg sangat kecil pula berada di sebelahnya, entah menunggu apa namun dia di situ. Bergerak ke belakang dan ke hadapan, dan kemudian ke belakang semula. Dan begitulah aktivinya secara berterusan saat aku menghampiri kedua-duanya.
"Are you guys hungry little thing?" aku menunduk mengangkat dua binatang tersebut. Hunter dalam pelukan tangan kananku manakala Pillo pula aku letakkannya di atas telapak tangan kiriku sebelum mengatur langkah ke arah lif di hujung hallway.
Hunter tidak berhenti mengiau memandangku namun Pillo pula hanya diam di tempatnya. Aku segera mengatur langkah ke arah dapur sebaik sahaja lif berhenti di tingkat bawah.
"Morning boss," suara garau seorang lelaki menyapaku di meja makan.
"Morning," aku tersenyum kecil ke arah Eddy sebelum melepaskan Hunter di lantai manakala Pillo di atas island table di hadapanku.
"Jenny, mana makanan kucing Fifi ni? Saya rasa dia lapar lah,"
Wanita itu yg sedang mencuci perkakas dapur yg digunakannya semasa memasak sebentar tadi terus menoleh ke arahku dengan senyuman.
"Sekejap ye, saya ambilkan."
Aku hanya mengangguk sebelum bergerak ke arah peti ais dua pintu di sebelah kabinet dapur lalu mengeluarkan bekas tomato ceri dari dalamnya. Dua biji daripadanya aku letakkan di hadapan Pillo. Binatang hijau tersebut bergerak ke hadapan sedikit, mungkin ingin mengenal pasti makanan yg sudah dihidangkan di hadapannya saat ini. Namun beberapa saat selepas itu, dia meninggalkan tomato ceri tersebut dan bergerak perlahan-lahan ke sekitar meja. Eddy yg sedang menikmati nasi goreng di sisiku terus tergelak.
"Kura-kura Luth tak makan sangatlah benda tu boss. Saya rasa dia nak Oreo."
"What the hell?" wajahku berkerut.
"Iya, cuba boss ambik cookie tu letak depan dia satu."
"Merepek je," aku menggeleng perlahan namun tetap bergerak ke arah kabinet dapur yg sedikit tinggi di atas lalu mengeluarkan salah satu peket biru yg terlalu banyak tersusun di dalamnya. Sebelum ni aku tengok Luth selalu bagi pet dia makan strawberry je ataupun buah-buahan lain tapi tak pernah lagi aku tengok binatang ni makan biskut.
"Ni, makanan Hunter," Jenny menghulurkan makanan kucing tersebut kepadaku sebelum kembali menyambung tugasnya. Selesai menuangkannya ke dalam bekas makanan kucing itu yg sememangnya sudah tersedia di sudut lantai dapur, laju sahaja Hunter berlari menerkamnya. Kini perhatianku kembali kepada Pillo sepenuhnya. Yeah, aku nak tengok jugak betul ke tak dia makan biskut ni kan. Bukan makhluk ni vegetarian ke?
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mistério / SuspenseWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
