3rd's POV :
Audi merah yg dipandu laju sedari tadi menyelusuri lebuh raya akhirnya kian perlahan mengambil ruang tepi jalan sebaik sahaja hampir tiba ke destinasi yg dituju. Brek tangan segera ditarik oleh pemandunya saat akhirnya memarkirkan kenderaan tersebut di sisi jalan yg sunyi.
Melangkah keluar dari kereta kepunyaannya yg sudah lama dibiarkan tidak bergerak, tangan si gadis merah naik menanggalkan kacamata hitam yg dipakai.
Si lelaki berkacukan cina yg hanya menjadi penumpang di sisi turut melangkah keluar, berniat untuk menjadi pemandu arah buat ketuanya. Langkahnya diatur laju ke arah pintu pagar yg tertutup rapat. Datang ke sini saat hari sudahpun hampir senja benar-benar membuatkan bulu roma di tangan dan juga tengkuknya berdiri tegak.
"Sini, boss." perlahan dia memanggil sang ketua yg hanya diam memerhati kawasan di sekelilingnya.
Angin sejuk yg menampar tubuh mereka saat ini tidak memberi sebarang efek kepada si gadis yg kelihatan tidak beremosi.
"Boss?" suara lelaki itu kedengaran lagi saat gadis itu tidak menyahut.
'TANAH PERKUBURAN ISLAM'.
Membaca sekilas papan tanda yg berdiri di sisi pagar, si gadis hanya mengangguk kecil.
Perlahan langkahnya diatur mengikut langkah orang kanannya yg sudah melangkah masuk terlebih dahulu. Dengan setiap satu langkah yg diambil si gadis merah, hatinya mula terasa berat sedikit demi sedikit. Langkahnya perlahan-lahan mula menjadi kaku apabila melintasi satu persatu rumah yg dihuni oleh mereka yg sudah tidak bernyawa.
Mereka yg sudah jauh dari dunia ini.
"Tak kira sama ada papa ada protection atau tak, mati tu pasti. Tak lewat sesaat, tak cepat sesaat."
Kata-kata tersebut bergema di telinganya. Bukan hanya sekali sebaliknya ia diulang berkali-kali.
"Death is inevitable. Bila-bila masa je boleh jadi and kita takkan pernah tahu."
Tangan si gadis perlahan naik memegang dadanya sendiri. Cuba merasai degupan jantungnya yg mula berdetak dengan sangat tidak terkawal saat ini. Bibirnya diketap.
"O' Allah, I said I can't bear another loss.." dia berbisik sangat perlahan hanya buat dirinya sendiri.
Kerana saat ini syaitan di jiwanya sudahpun hidup. Suara garaunya juga sudah kedengaran. Semakin lama semakin jelas.
'Awh so cute of you to say that. But you're the reason for his death, right?'
Stop.
'Just a little reminder though.' suara itu ketawa mengejek.
Dadanya dicengkam erat.
'The blood pool was so cool back then by the way.'
Serta-merta kejadian si gadis menjumpai tubuh lelaki yg bergelar bapanya itu di kawasan kediamannya sendiri kembali terlayar. Jelas tanpa sebarang kekaburan, warna merah darah di jalan tika itu melekat di kepalanya.
Matanya terus dipejamkan rapat saat memberhentikan langkah.
This is why it won't enough. Even for the past few weeks, there's nothing she could do about the voices. Taunting words filled her head, her ears. The grief eating up her emotions. Her beautiful self. And yet there is nothing she could do to stop it. She felt helpless. For the first time after five years, she felt that again.
Matanya dibuka saat terasa dua tangan besar milik seseorang berlabuh lembut di bahunya.
"You're so strong, boss. Fight it." kata-kata semangat dari Alex sedikitpun tidak berjaya mencuit hatinya.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...