73 | Tranquility

95 16 4
                                    

Ary's POV :

Pulang sahaja dari sekolah tujuanku lurus ke rumah banglo kepunyaan mama dan arwah papa.

Knightz dan Darkrose sudah diberi arahan supaya pulang ke villa terlebih dahulu. Rayyan yg ingin mengikut juga aku keraskan supaya pulang bersama Fifi untuk berehat.

Hampir setengah jam memandu, kenderaanku akhirnya diparkirkan di hadapan pagar besar sebuah rumah banglo yg sudah begitu lama tidak dikunjungi. Membuka tali pinggang keselamatan dengan pakaian sekolah yg masih melekat di tubuh, langkahku diatur laju melepasi pagar besar tersebut lalu berhenti di pondok pengawal.

"Ku Yana ada?"

"Ada, Cik Aryana."

"Ada sesiapa datang visit sebelum ni?"

"Setakat ni takde, Cik Aryana."

"Alright, thank you."

Melangkah masuk ke dalam kediaman mewah tersebut, kakiku dibawa perlahan melalui dan meneliti setiap pelusuk kawasan kolam, ruang makan dan ruang tamu mereka sebelum akhirnya bergerak ke dapur pula. Liar mataku memerhati persekitaran setiap kawasan yg dilalui saat ini.

Sememangnya tiada yg di luar dari kebiasaan kecuali dua bakul pakaian kotor yg terbalik di tepi washing machine.

Wajahku berkerut.

Mana maids dia by the way?

Langkah dibawa laju ke atas pula, mata masih meliar ke sekeliling seperti tadi.

Kali ini kakiku menuju terus ke bilik utama, di tingkat tiga iaitu tingkat terakhir banglo tersebut. Bilik mama dan juga arwah papa.

Kerutanku bertambah saat wanita yg dicari tetap tiada.

"Ma?" sengaja aku memanggil dengan harapan ada yg menyahut namun tiada.

Kakiku berhenti melangkah pada salah sebuah bilik di situ. Putih cream warna pintunya namun bukan itu yg menarik perhatianku sebaliknya nama yg tertera di situ.

'ARYANA'

Diaorang buat bilik aku..?

Beralih pandang ke pintu yg benar-benar bersebelahan dengan pintu bilik tersebut juga dengan nama yg tertera elok di atasnya,

bibirku terketap rapat tanpa sedar.

Hati ragu-ragu namun kakiku entah kenapa begitu yakin melangkah ke arah bilik tersebut. Nama yg tertera bukanlah milikku dan ianya hanya menambahkan lagi rasa sakit dan perasaan ingin tahu yg hadir saat ini.

What's the point in doing all of this?

Semakin dekat dengan bilik tersebut, barulah telingaku berjaya menangkap bunyi esakan tangisan seseorang di dalamnya. Tangan kananku yg basah dengan peluh dingin akhirnya berlabuh pada tombol pintu tersebut sebelum dipulas perlahan.

Sebaik sahaja melangkah masuk, aku terpaku dengan pemandangan yg terbentang di hadapan mata.

Mama sedang menangis teresak-esak di atas lantai memeluk sesuatu membelakangiku. Posisinya benar-benar menghadap almari pakaian yg mana pintunya sedang terbuka lebar saat ini.

"Ma?" kali ini hanya bisikan.

Bahu mama masih terhinjut-hinjut mendakap sesuatu. Tangisannya mendayu dan terdengar penuh kesakitan buat pendengaranku.

Kakiku yg kini terasa lemah kembali dibuka melangkah ke arahnya. Tanganku yg mula menggigil perlahan naik menekup bibir saat rasa yg sama itu datang.

Suasana dan perabot di sini persis yg lama. Hampir kesemuanya serupa dengan yg asli di Itali. Tema biliknya..bahkan warna cadarnya.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now