Fifi's POV :
Ting!
Ary tersasar. Bunyi mata pisau lipat yg berlaga dengan lantai kelab malam bergema kuat memenuhi ruang. Ya, Ary tersasar. Namun tetap begitu hampir dengan sisi wajah lelaki itu yg sudah pucat tidak berdarah.
Oh nah, she didn't miss. Darah Grey hasil torehan nipis di pipinya sedang mengalir perlahan ke bawah saat ini. Dengusan kasar Ary terlepas.
"Kau dengar sini anak haram. Kalau ada apa-apa yg jadi dekat dia, pisau ni takkan tersasar kali yg kedua. Kau dah check badan dia? Dia anak buah partner kau."
"Jangan fikir kau boleh lagakan aku dengan dia." bicara Grey keluar dalam getaran, nafasnya tidak teratur namun tetap kedengaran keras.
Gigi Ary terketap. "Lambang Black Swan ada dekat belakang badan dia."
Tidak menunggu balasan dari Grey, si gadis merah terus bangun berdiri lalu bergerak ke arah Alex manakala yg lain masih lagi kaku dengan renungan berjaga-jaga mereka. Tubuh gadis itu menggigil, mungkin kerana tidak dapat melakukan apa yg diinginkannya. Jeritan Alex sebentar tadi jelas berjaya menganggu fikirannya. Saat Darkrose sudah berkumpul bersamanya, dia berpaling memandang Grey.
"Terima apa yg aku cakap Grey. Aku tak pernah khianat kakak kau."
Grey yg kini sudahpun bangun berdiri kembali kelihatan marah. "Kau penipu! Perempuan tak guna, aku tahu kau yg bunuh dia. Maya sebut nama kau sebelum dia koma!"
Tangan Ary kini bergerak naik meraup rambut hadapannya. Alex yg melihat terus memegang lengan gadis itu.
"Boss, kita kena pergi tengok Qai." bijak lelaki itu mengalihkan perhatian Ary yg masih belum mampu bertenang sepenuhnya.
Keluhan berat akhirnya terlepas dari bibir si gadis. "We're leaving." pandangannya bertembung dengan Grey hanya sekilas sebelum dia melangkah pergi. Kami hanya memerhati.
Sebaik sahaja Ary sudah melangkah keluar daripada kelab malam tersebut, Alex terus menghampiri Grey dengan wajahnya yg dipamer sangat serius.
"Tolong berhenti cari pasal dengan boss aku Grey. Dia dah cakap berjuta kali dekat kau yg dia tak bunuh Maya. Aku ada dengan dia selama ni dan aku tahu apa yg dia buat. Aku kenal leader aku!"
"Kau kenal boss kau tapi aku, aku kenal siapa pembunuh kakak aku." gigi Grey terketap rapat saat dia bertutur. Memang sudah tiada apa lagi yg mampu mengubah cara lelaki itu memandang rakan baikku. Lelaki itu tetap pendirian.
Namun mungkin dia salah, dan mungkin juga dia benar. Tiada siapa yg benar-benar tahu, hanya Ary yg memegang kebenarannya.
Alex menggeleng perlahan, mengalah dengan sikap lelaki itu. "Jaga-jaga dengan siapa yg kau percaya Grey. Musuh dalam selimut lebih bahaya daripada musuh depan mata." dengan itu, lelaki itu melangkah pergi. Tangannya digerakkan sekilas ke arah kami semua agar turut berlalu keluar. Dengan hanya tinggal dua buah kenderaan Darkrose di kawasan parkir, kami semua terpaksa berhimpit di belakang. Ary bawak kereta laju gila. Enam lampu isyarat merah dilanggar oleh gadis itu diikuti dengan Alex yg turut memandu di belakangnya. Hanya lima belas minit kemudian kami semua tiba di Hanz Medical Centre.
"Jack, macam mana dengan keadaan Rina?" pantas aku menyoal sebaik sahaja ternampak kelibat tubuh sasa lelaki itu di luar bilik pembedahan.
Laju sahaja lelaki itu bangun dari duduknya. "Aku tak tahu. Boss, Uncle Hanz tengah operate Rina dekat dalam. Dia hilang banyak darah."
Tangan Ary naik meraup rambut hadapannya dengan wajah penuh tertekan. "Dia tahu apa yg jadi?"
Jack mengangguk laju. Uncle Hanz adalah abang sulung kepada Aunty Yana dan juga Blake, merangkap bapa saudara kepada Ary dan pemilik bagi hospital yg diberi nama Hanz Medical Centre. Andai ada kecederaan atau hal-hal yg besar seperti ini, hospital Uncle Hanz adalah tempat pertama yg Darkrose tuju. Kalau tak, dah lama kes kitaorang jadi kes polis. Dan tidak seperti penampilan Aunty Yana, Uncle Hanz berbeza sedikit. Lelaki itu bermata coklat cerah namun berambut hitam lebat seperti Blake. Aku serious, sejak kenal dengan Ary, ramai gila aku jumpa manusia yg matanya berwarna-warni. Muka mix tak payah cakap. Helaan nafas berat yg keluar dari bibir Ary menarik perhatianku. Riak wajahnya saat ini benar-benar memberi kesan buatku, dan juga buat yg lain. Tubir mataku mula terasa panas.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Misteri / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...