15 | Once Is Enough

239 27 0
                                    

Fifi's POV :

Kereta kesayanganku terus diparkirkan di sebelah Audi merah milik Ary sebaik sahaja tiba di perkarangan sekolah. Tidak lama kemudian, baby Porshe milik Nia pula yg mengambil tempat di sebelahku diikuti dengan Rina di sebelahnya.

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian di kelas bersama Knightz. Kami semua dikenakan denda dan dijadikan tahanan di kelas yg berasingan sepanjang waktu persekolahan.

Yup, principal RGH betul-betul mengamuk haritu.

Kami semua diberikan bimbingan dan juga kaunseling dari guru-guru di RGH. Tidak kurang juga dengan hiburan dari Quinns yg turut menyertakan diri mereka untuk 'menceriakan' hari-hari Darkrose dan Knightz ketika menjadi tahanan selama seminggu di sekolah.

Tajam mataku kini memerhati sebuah kereta mewah berwarna putih yg baru sahaja memasuki perkarangan sekolah dan terus bergerak ke kawasan parkir pelajar. Kereta putih inilah yg sedang ditunggu oleh aku dan rakan-rakanku sejak tadi.

Knightz.

Empat pelajar lelaki yg baru sahaja melangkah keluar daripada kenderaan tersebut dengan penuh bergaya aku perhatikan dengan penuh minat.

Kereta tersebut dipandu oleh ketua mereka, Rayyan.

Namun sasaran Darkrose bukanlah tuannya sebaliknya kereta itu sendiri.

Rancangan sudahpun diatur untuk memulakan serangan. Kami semua sepakat bahawa rasa sakit hati dan amarah yg disimpan selama seminggu ini perlu ditebus semula. Ary turut serius kali ini. Hanya aku seorang sahaja yg tidak mengambil bahagian.

Just..not in the mood.

Sebaik sahaja Knightz meninggalkan kawasan parkir kenderaan, aku terus melangkah keluar dari keretaku lalu menghampiri kenderaan milik Nia di sebelah sebelum cermin di bahagian pemandunya diketuk perlahan.

Gadis berambut lebat itu terus keluar dari kenderaannya dengan membawa bermacam-macam warna penyembur di tangan. Senyuman sinisnya dipamer nakal. Rina juga turut keluar dari kenderaannya dengan senyuman yg serupa.

They're all too ready for this.

Tanpa sedar, senyum sinisku turut terukir memikirkan akibat yg bakal ditanggung oleh Knightz selepas ini.
Langkah segera diatur ke bahagian belakang keretaku lalu mengeluarkan sebatang kayu besbol berwarna pastel pink.

My lil monster.

Gadis berambut merah turut keluar dari kenderaannya sebelum menghampiri aku dan dua lagi rakan baikku. Kayu besbol pink yg berada dalam peganganku terus dilemparkan ke arah Ary dan berjaya disambut dengan baik oleh gadis itu. Wajah Nia dan Rina dia pandang seraya bersuara,

"We're going to do this super fast. Memandangkan Fifi taknak join kita, dia yg akan cover area sini. Kantoi lepas buat kerja aku takde masalah. But, not now. Got that?"

Serius arahan si gadis merah mengingatkan dua lagi gadis di hadapannya manakala kedua-duanya terus mengangguk tanda mengerti. Aku turut mengangguk kecil, mengerti akan perananku sebentar nanti.

Keadaan di sekeliling diperhatikan dengan teliti oleh kami berempat.

Cantik! Memang takde sesiapa pun dekat situ kerana sesi pembelajaran telahpun bermula. Kereta BMW berwarna putih yg dinaiki oleh Knightz sebentar tadi segera dihampiri oleh tiga rakan baikku manakala aku pula kekal berjaga-jaga di tepi kawasan parkir yg paling hampir dengan tangga blok pelajar.

Padahal kalau aku tak berjaga pun takpe. Kalau kantoi, nak acah-acah ninja hilang tetibe pun tak guna. Dari jauh lagi orang dah boleh cam rambut kitaorang yg meriah ni. Hadehhh

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now