Nia's POV :
Langkahku diatur malas mengikuti Fifi dan Rina di hadapan untuk turun bersarapan di bawah. Keinginan untuk ke sekolah sememangnya sudah tiada namun Alex tetap juga memaksa.
Hari ini sudah genap sebulan Ary di Italy. Sudah genap sebulan gadis itu tidak sedarkan diri di dalam komanya. Semasa melawat gadis itu dua minggu yg lepas, jari jemari Ary bergerak. Bibirnya menggeletar ingin menuturkan sesuatu.
That's a progress.
Kami bertiga kelihatan jelas sedang mengambil masa masing-masing dalam menuruni anak tangga satu persatu, sengaja tidak menggunakan lif yg pastinya lebih pantas. Beg sandang di bahu aku perkemaskan sebelum langkahku terhenti sebaik sahaja telingaku berjaya menangkap bunyi sesuatu.
Pada mulanya, bunyi tersebut kedengaran kurang jelas namun apabila mendengarnya dengan lebih teliti, wajahku serta-merta berubah.
Serentak kepala Fifi dan Rina berpaling ke arahku. Mata masing-masing membulat.
"Alarm kereta-" aku bersuara namun segera dipotong oleh Fifi.
"Turun cepat!" gadis itu terus berlari turun.
Beg galasnya sudah ditinggalkan terus di lantai manakala aku dan Rina pula segera mengikut.
No no no. Please no. We didn't expect this.
"Kenapa guard tak inform kita ada intruder masuk?!" Rina sudah berkerut serius, kemarahannya perlahan-lahan mula terpamer.
"Nobody knows our location here." Fifi membalas turut serius, namun lebih tenang.
Ketika sudah hampir ke tingkat bawah, aku terus berlari masuk ke dalam salah satu bilik di tingkat tersebut sebelum membuka laci yg terletak berhampiran dengan katil.
Revolver? Nah.
Badanku dibongkokkan sedikit melihat senjata di bawah katil pula. Tiga MP5 di bawahnya pantas dicapai.
Kediaman Darkrose sememangnya dipenuhi dengan senjata yg diletakkan di pelbagai tempat, memudahkan urusan kami semua andai berlaku sesuatu. Dua daripadanya segera dilempar ke arah Rina dan Fifi manakala yg satunya lagi dilaraskan di tanganku.
"Rina, upside."
Fifi pantas memberi arahan manakala gadis ungu itu pula terus bergerak ingin mengambil posisinya di salah satu beranda rumah yg mampu melihat halaman luar villa.
Bunyi alarm dari kereta yg kedengaran saat ini adalah tepat di laman hadapan. Hanya kereta kami bertiga sahaja yg diparkir di situ, termasuklah Audi kepunyaan Ary.
"Nia," dia menggangguk ke arahku sebelum bergerak menuruni bahagian tangga yg terakhir.
Tidak membuang masa, aku segera mengikutnya. Sebaik sahaja tiba di kawasan luar villa, aku tersentak.
Fifi terus menarik lenganku agar berlindung di balik dinding berhampiran dengan barisan pokok-pokok yg cantik. Tajam matanya memerhati kereta yg enjinnya kini mula dihidupkan. Alarm yg kedengaran sejak tadi juga sudah lama dimatikan oleh si penceroboh.
"Kereta tu.." bicaraku jadi tergantung saat pedal minyak kereta tersebut tiba-tiba diinjak tanpa melepaskan brek tangan sekaligus membuatkan asap putih yg berkepul-kepul terhasil dari tayarnya yg hanya bergerak setempat.
Jantungku mula mengepam darah dengan laju. Pegangan pada senjata di tangan aku perkemaskan.
"Nia, tu kereta Ary." Fifi bersuara perlahan dalam sekali nafas, masih kedengaran terkejut sepertiku.
"I know, but who the driver?" suaraku keluar diiringi getaran.
Gadis itu terdiam, memikirkan tindakan kami yg seterusnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
