Nia's POV :
Perlahan-lahan mataku dibuka.
Entah berapa lama aku tidak sedarkan diri. Dipejamkan buat seketika saat cahaya lampu yg terang menyapa. Agak lama dipejam lalu kembali dibuka, pantas kepalaku dikalihkan ke kiri. Kosong. Dialihkan pula ke kanan, wajah Fifi dengan senyumannya yg menyapa.
"You're awake." dia bersuara perlahan, hampir berbisik.
"Fif, a-aku haus."
Gadis itu pantas mengangguk sebelum tangannya cekap menuang air kosong ke dalam gelas lalu dihulurkan kepadaku.
Air yg diberikan aku teguk rakus.
Lega tekakku saat air kosong tersebut menyapa kawasan yg sudah kekeringan itu.
"Kau nak lagi?"
Aku hanya menggeleng perlahan sebelum menghulurkan kembali gelas tersebut.
"Mana yg lain?" soalan itu yg diajukanku terlebih dahulu.
"Diaorang ada je. Sara, kau orang kedua terakhir yg dah sedarkan diri sejak tiga hari yg lepas. Yang lain semuanya dah sedar." tenang Fifi membalas.
Wajahku serta-merta berkerut.
"Aku tak sedar dah tiga hari?"
Gadis itu hanya menjawab dengan anggukan kecil.
"Siapa yg tak sedar lagi?"
Kali ini wajahnya berubah keruh.
Terpamer riak mendungnya di situ."Lyssa.." tubir matanya bergenang.
Wajahku serta-merta berubah saat apa yg sebenarnya berlaku sebelum ini kembali bermain di ruangan mata. Bukaan mataku membesar dengan nafas yg mula kedengaran tidak teratur.
"..dia disahkan koma." airmata si gadis pink yg bertakung mula mengalir turun tanpa henti.
Rasa terhenti darah yg sedang mengalir di segenap tubuhku pada saat ini sebaik sahaja mendengarkan ayat tersebut.
Tanpa menghiraukan sakit di segenap tubuh, kakiku terus dibawa turun dari katil.
"Sara! Lay down!" Fifi menempik terkejut sebelum segera menahan pergerakanku.
Tubuhku yg masih terasa sengal dia baringkan secara paksa di atas katil hospital yg sedang didudukiku.
"Sakit, Fif!" aku mendesis kasar seraya menolak tangannya.
"Diam." gadis itu membalas tegas. "Jangan panggil aku macam tu. Moskov dengan anak-anak buah dia ada lagi dekat luar."
Terhenti sebentar pergerakanku.
Moskov?
Wajahku yg sememangnya berkerut bertambah lagi kerutannya, namun kali ini penuh tanda tanya. Apahal dia ada dekat sini pulak?
Fifi menghela nafas berat.
"Now listen," duduknya dilabuhkan di atas kerusi yg tersedia bersebelahan dengan katil yg didudukiku. "Waktu kita dengan Vince fight tiga hari lepas, Moskov datang tolong kita. Dia hantar bantuan. In fact, dia pun berlawan untuk kita sekali."
Ok, that's weird.
"Macam mana dia boleh tiba-tiba datang? Bukan haritu dia berkeras taknak cooperate dengan Lyssa ke?"
Wajah Fifi berkerut sedikit saat membalas, "Aku tak pasti sebab dia tak cakap banyak. Dia hantar dua orang anak buah dia untuk follow kita silently haritu."
Aku mula memproses setiap patah perkataan yg keluar dari bibir si gadis pink saat ini.
"Information anak-anak buah dia lambat sampai dekat dia sebab alat communication diaorang disekat." Fifi menyambung lagi. "Aku dengan Nana je yg sedar waktu diaorang datang sebab diaorang baling bom aimlessly. Yang lain tak sedarkan diri, termasuklah Lyssa."
![](https://img.wattpad.com/cover/256893799-288-k650658.jpg)
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...