Rayyan's POV :
Jam yg melilit di pergelangan tangan aku tenung lama.
1.51 a.m.
Memejamkan mata sebentar, nafas perlahan aku hembus keluar dari bibir. Beberapa saat dibiarkan berlalu barulah aku kembali membukanya, bertemu terus dengan kegelapan malam dari tingkat dua balkoni villa milik Darkrose. Rakan-rakanku yg lain sudahpun nyenyak tidur di bilik mereka. Ahli-ahli Darkrose juga sudah ada yg naik ke bilik masing-masing awal tadi kerana lelah dengan segala kejadian yg berlaku secara mendadak hari ini.
Aku mengantuk.
Spontan aku menguap sebaik sahaja perkataan tersebut terlintas di fikiran. Tangan naik menekup mulut, lama, sekaligus berjaya membuatkan mataku berair dalam proses tersebut.
Tapi aku tak dapat tidur.
Aku mengangguk kecil pada diri sendiri sebelum mencapai teh panas yg dibuat oleh Jenny sebentar tadi. Membawa cawan tersebut ke bibir barulah aku tersedar bahawa ianya sudah habis.
Nampaknya terpaksa lah turun balik. Mungkin Jenny sudahpun masuk tidur tetapi bukan itu yg menghalangku sebenarnya.
Kalau boleh aku nak tengok Ary balik. Dari balkoni bilik tumpanganku ini, memang berhadapan terus dengan pagar sekaligus dapat melihat andai Ary sudah pulang ataupun belum.
Namun setakat ini masih hampa. Tiada sebarang tanda-tanda lampu kenderaan dari kejauhan dan bahuku jatuh kecewa lagi.
Aku rindu dia. Aku nak sangat jumpa dia. Aku belum puas lagi tengok muka dia tadi. Not to mention that she doesn't give much reactions. Keluhan kecil terlepas lagi entah kali yg keberapa malam ini.
Mungkin dia tak balik kot harini...
Memaksa kakiku untuk berdiri dan akhirnya melangkah keluar dari bilik, aku bertembung dengan Jack di pertengahan jalan. Atau lebih tepat, proses dia naik tangga nak ke tingkat atas. Tak silap aku tadi dia cakap nak pergi main game. Mungkin baru nak masuk tidur.
Tidak jadi lelaki itu ingin mendaki anak tangga yg seterusnya, hanya berdiri di mana dia berhenti dan memandangku penuh tanda tanya.
"Oi, kau tak tidur lagi?"
"Yeah, belum mengantuk." aku membalas dengan senyum segan.
Lelaki itu tergelak.
"Tulah kau, aku ajak pergi game room dengan aku tadi kau jual mahal."
Tanganku naik menggaru kepala yg tidak gatal. "Bukan jual mahal Jack,"
"Yelah tu, ni kau nak pergi mana?" kedua-dua lengannya sudah disangkut pada pemegang tangga, memandangku dari atas.
"Nak buat air kejap. Um, Ary ada call?" aku memang tak boleh tahan mulut aku daripada tanya pasal dia.
"Patutlah tak boleh tidur, teringatkan boss rupanya." dia tergelak lagi, mungkin perasan muka aku yg dah merah sekarang.
"Boss takde call pon dari tadi tapi kau tak payah lah risau. Dia dengan Alex, nanti dia balik la tu. Eh, aku naik dulu lah. Kau tu jangan tak tidur pulak, esok sekolah!"
Ayat terakhir lelaki itu kedengaran agak kuat dan bergema memandangkan tubuh tuannya yg sudahpun menghilang ke tingkat atas.
Aku menggeleng perlahan dengan senyuman sebelum kembali melangkah.
Jack banyak pantau kitaorang masa Ary takde.
Katanya aku dan rakan-rakanku harus fokus demi keputusan peperiksaan yg bagus nanti. Perlu diakui, meskipun baru sahaja mengenali penghuni-penghuni villa Darkrose, aku dapat memastikan dua perkara.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...