3 | New Students

341 29 1
                                        

Nia's POV :

Lenaku pagi itu terganggu dengan bunyi alarm yang berbunyi nyaring.

Tanganku bergerak malas mencapai telefon di atas meja lampu tidur bersebelahan dengan kepala katil. Mataku dikecilkan sedikit melihat waktu yang terpapar di skrin.

9.47 a.m.

Tanganku naik menggosok mata sebelum turun dari katil lalu ke bilik mandi.

Selesai membersihkan diri, aku bersiap pantas dengan uniform sekolah Royal Green Highschool.

Seluar slack berwarna navy blue, kemeja putih berlengan panjang, blue ribbon tie, dan juga blazer berwarna sepadan. Lambang sekolah elit tersebut terletak kemas di dada kiriku.

Seperti biasa, uniform sekolah kami harus dipadankan dengan loafers berwarna hitam.

Rambut hitam lebatku hanya dibiarkan lepas bebas sebaik sahaja selesai mengeringkannya sebelum menyembur sedikit perfume ke tubuh. Beg galas dan telefon pintar dicapai lalu langkahku terus diatur ke sudut hujung lantai tingkat teratas itu yang menempatkan lif.

Laju sahaja punat ke tingkat bawah aku tekan saat terperasankan pintu lif tersebut yang baru sahaja ingin tertutup bersama seorang gadis di dalamnya.

"Hey,"

Rina menyapaku dengan senyuman saat pintu lif tersebut kembali terbuka sepenuhnya.

"Morning." aku turut mengukir senyuman kepadanya saat melangkah masuk.

Undone Rina.

Ribbon tie gadis itu tidak berada di tempatnya manakala blazer si gadis pula hanya disangkut malas pada bahu kirinya yang disandarkan pada dinding lif.

Senyuman kecilku terukir saat Rina menguap besar.

"Dreamless night?" aku menyoal.

"Hm," dia bergumam lembut seraya meregangkan dua tangannya ke atas.

"Best sleep ever. Aku sedar je dah pagi."

"Same here."

Penat dari penerbangan semalam sememangnya masih terasa.

Keluar sahaja dari perut lif, aku dan Rina mengatur langkah ke ruang makan yang juga bersebelahan dengan dapur.

Meja panjang yang menempatkan lima belas buah kerusi menjadi tatapan mata kami.

Ary sudahpun berada di situ menghirup kopi kegemarannya di kepala meja manakala Fifi sedang menuang cereal ke dalam mangkuk.

"Good morning." Fifi menyapa ceria dengan senyuman.

Aku teringat semula wajah cemberutnya selepas tersedar dari pengsan semalam.

Dia marah betul lepas dapat tahu yang kitorang tak perasan langsung dia takde.

"Morning."

Rina membalas ringkas sebelum melabuhkan duduk di sebelah Fifi yang kini menuang susu pula ke dalam mangkuk bijirinnya.

"How was your sleep?" aku menyoal saat melabuhkan duduk di hadapan Fifi.

Jenny, satu-satunya pembantu rumah di villa kami yang berusia lewat 50-an keluar dari dapur membawa minuman panas bersama senyuman manisnya.

Senyumanku turut terukir buat wanita itu.

"Hot tea."

Dia bersuara lembut sebelum meletakkan teko yang dibawa ke atas meja makan berhampiran dengan kedudukan aku dan juga Rina.

Young Blooded MafiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang