66 | The Aftermath

208 24 1
                                    

Ary's POV :

Sebaik sahaja pagar besi gah milik markas Ghost di kejauhan masuk ke penglihatan, laju sahaja tanganku bergerak menarik pinggang keselamatan ke tubuh.

Jalan yg lengang di hadapan memudahkan lagi urusanku untuk memecut laju tanpa halangan dari sebarang kenderaan.

Langit yg gelap gelita sebentar lagi bakal cerah.

Kepala Rudy dan anak-anak buahnya sebentar tadi jelas bukan penamatnya.

Suara-suara halus di fikiranku juga masih tidak berhenti berbalah sesama mereka.

Wajah sinis milik Grey kini bermain di fikiranku. Ezra tidak ketinggalan. Bayangan kedua-duanya seolah-olah sedang memprovok diriku dan ketawa sinis bersama tanpa henti sungguh sangat menyakitkan hati.

Darah kering yg melekat pada wajah dan juga tanganku hanya dibiarkan.

Melirik ke arah cermin pandang belakang, Mustang kuning milik Raiz masih mengikutku meskipun tidaklah dalam jarak yg dekat. Sejak tadi lagi aku perasan kelibatnya, namun satu-satunya sebab yg pasti kenapa aku tidak tertarik untuk menghentikan lelaki itu adalah kerana dia tidak ikut campur dalam peperanganku.

Kepalaku yg masih berdenyut sakit sejak tadi aku cengkam lagi beberapa kali dengan carutan yg berbagai-bagai dilepaskan.

Suara-suara itu masih kedengaran. Tanpa henti malah semakin tidak terkawal.

I don't want to lose faith. I don't want to lose control. Just a little more...

Just a little more blood and I'll stop I promise.

Telefon pintarku yg bernyala di seat sebelah aku lirik sekilas namun tidak sedikitpun berminat untuk mengangkatnya. Tambahan pula saat melihat pemanggilnya adalah mama.

Markas Grey hanya beberapa meter sahaja lagi di hadapan membuatkan adrenalin di tubuhku serta-merta berubah semakin laju dan liar.

Tidak sampai beberapa saat, bunyi dentuman kuat antara pagar besi tersebut dan juga bumper hadapan kenderaanku kedengaran ke udara.

Bummm!

Tidak terlalu lama sebelum semua pengawal Grey yg menjaga di kawasan luar kediaman tersebut mengelilingi kenderaanku.

Langkahku dibawa keluar dengan dua buah senjata di tangan dan juga pedang samurai yg terselit kemas di belakang tubuh.

Senjata mereka di hadapanku sememangnya sudah diangkat dan diacu ke hanya satu sasaran.

Tidak memberi sebarang reaksi, kedua-dua senjataku turut diangkat separas dada lalu melepaskan tembakan.

Salah seorang daripada mereka yg sedang memaklumkan perkara yg berlaku di luar saat ini kepada rakan-rakannya yg lain di dalam menggunakan walkie talkie kecil di tangan menjadi sasaran peluru pertamaku sebelum diikuti dengan yg lainnya.

Rasa sakit di kepalaku kian mencengkam kerana bunyian peluru yg kuat tanpa henti namun aku tahan.

Bukk!

Aku terduduk jatuh ke tanah yg berdebu.

Wajah serius milik Blake yg sedang berdiri tegak di hadapan aku renung marah saat mendongak.

"How many times must I tell you?" giginya terketap.

Melihatnya mengetap gigi seperti itu, penumbukku serta-merta tergenggam erat.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now