6 | Afraid?

254 28 1
                                        

Fifi's POV :

Beberapa jam memandu dengan kelajuan yang Ary gunakan, akhirnya kami semua tiba di Ipoh. Gadis berambut merah itu terus mendail nombor Nana lalu meletakkannya ke dalam mode loudspeaker.

Nana mengangkatnya sebaik sahaja deringan pertama kedengaran.

"Nana?"

"Ye sa..ya..boss.." nafas gadis itu kedengaran tercungap-cungap. "Huh..boss dah sam..pai ma..na?"

Wajahku berkerut. Dah kenapa pulak dia ni?

Bukan hanya aku, tiga lagi rakan baikku juga turut mempamerkan ekspresi yg sama.

"Aku dah sampai sini lah. On the way rumah." serius Ary membalas. "Kau kenapa?"

"Huh..tu..jap, boss." talian di hujung sana berubah senyap secara tiba-tiba.

Hanya bunyi nafas kasar yang ditarik dan dihembus tidak stabil beberapa kali sahaja yang kedengaran. Beberapa saat selepasnya barulah suara Nana kembali ke dalam talian.

"Boss, sorry. Tadi Alex dengan Jack," gadis itu berhenti buat seketika sebelum kembali menyambung-

"DIAORANG LEMASKAN SAYA!"

"What?!" Rina di sebelahku menempik terkejut.

"Saya baru nak call boss tadi. Diaorang campak saya dalam tu boss." nada suara gadis berambut pendek itu berbaur dendam dan tidak puas hati. "Diaorang campak saya dalam pool!"

Nia terus ketawa.

"Dah tu, kau ok ke tak ni?" gadis itu tetap menyoal keadaan Nana meskipun dalam tawanya. Semakin lama semakin kuat.

"Nia ke tu?" kedengaran Nana mendengus di hujung talian. "Tak guna kau gelakkan aku."

Semakin rancak Nia ketawa. "Apasal kau tak berenang naik je?"

"Haah yelah, memang aku ni pandai berenang kan?" penuh sarkastik Nana membalas. "Dah lah dalam gila kolam tu, kau tahu tak!"

Mendengarkan itu, aku dan Rina turut ketawa. Ary juga sudah tergelak kecil. Memang Nana satu-satunya yang tidak pandai berenang.

"Siapa suruh kau tak pandai berenang kan?" Nia membalas tidak mahu kalah saat sudah reda dari tawanya.

"Whatever," suara Nana diisi nada meluat sebelum dia berdehem beberapa kali dan kembali bersuara. "Boss dah sampai sini eh?" soalannya diajukan kepada sang ketua.

Ary yang masih memandu terus menjawab, "Ya, budak-budak ni dah siap ke belum?" riak wajahnya berubah serius.

"Semua dah ready, boss. Baju dengan barang-barang boss pun dah siap."

"Good," tangan Ary bergerak memusingkan stereng kereta ketika ingin membelok selekoh. "Kejap lagi aku sampai."

"Ok, boss."

Tangan kiri si gadis merah terus bergerak mematikan talian lalu kembali fokus pada pemanduannya.

Nia yg berada di sebelah dia lirik sekilas.

"Kau fikir apa?" perlahan gadis itu menyoal tiba-tiba memecah keheningan.

Nia pantas menoleh apabila merasakan bahawa Ary sedang menyoalnya.

"Blood Dragon."

"Kau takut?" Ary menyoal lagi.

Nia terdiam buat beberapa saat merenung Ary di sebelahnya sebelum bersuara, "Kenapa kau fikir aku takut?" soalan berbalas soalan antara mereka manakala aku dan Rina di bahagian belakang pula hanya diam mendengar.

Young Blooded MafiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang