Ary's POV :
Hampir lima belas minit hanya duduk melepak di halaman luar villa milik keluarga Jibrail bahkan ada yg sudahpun mengambil gambar beramai-ramai, Fifi ingin ke tandas. Bukan hanya aku sebaliknya Nia dan Rina turut dia heret bersama agar mengikutnya meninggalkan Romio di meja yg sedang diduduki kami sejak tadi.
Para pembantu Jibrail sememangnya sudah bertungkus-lumus menyediakan beberapa buah meja bulat dan juga kerusi plastik di luar. Meja hidangan dan juga kek turut dibawa keluar bahkan beberapa lampu torchlight yg besar turut dipasang di beberapa penjuru tinggi kawasan luar villa. Knightz tiada dalam penglihatanku sebaliknya Quinns sedang sibuk mengambil selfies untuk dimuat naik ke akaun Instagram masing-masing. Well, Darkrose tak pernah guna benda macam tu kerana faktor keselamatan.
"Aku nak touch up sikit." si gadis pink sudah tersengih sumbing memberitahu kami saat dia sudah selesai melepaskan hajatnya.
Mungkin baru teringat hal yg sama, Rina turut menempel di hadapan cermin. Yup, bathroom ni luas disertakan dengan bilik mandi bersebelahan dengannya di dalam satu ruangan yg sama.
Aku hanya mengiyakan sahaja sebelum mengeluarkan telefon pintarku untuk memeriksa andai ada email atau mesej penting dari Alex atau para pembeli. Setakat ini tiada.
Beberapa minit selepasnya, kami melangkah keluar untuk bertembung dengan sekumpulan gadis toxic yg sememangnya sudah menanti di luar. Masing-masing sedang mempamerkan wajah cemberut dan tidak puas hati mereka.
"Ary, kenapa kau asyik tarik Rayyan ikut kau je hah?"
Wajahku berkerut hampir serta-merta. Muqadimah apa pun takde, terus sembur? And, sejak bila pulak aku tarik boyfriend dia ni?
"Kau ni kalau sekali je tak menyundal tak boleh kan?"
"Oh hello? Bukan Ary yg tarik dia, dia yg datang dekat Ary. Kau buta ke buat-buat buta ni?" Rina membidas geram.
"Eh diamlah pompuan. Kau pun sama je." Julianna menyampuk marah.
"Terima fakta yg Knightz dah bosan dengan korang." Fifi pula membalas selamba seraya berpeluk tubuh.
"Huh?" Qila kedengaran sinis. "Knightz takkan pernah bosan dengan Quinns. And most importantly," bicaranya ditekan satu persatu dengan jari telunjuknya yg sudah lurus ke wajah Fifi.
"Danny will not be one too. I mean, why would he choose Perodua when he can have a Maserati?"
"Are you supposed to be Maserati? Bitch, please. Don't make me laugh. You're nothing." Rina menyerang balas dengan nada sinis.
"Kau tu yg jalang, perempuan tak guna!"
Mataku sedikit membesar saat tempikan marah tersebut turut disertakan dengan hayunan tangan bersama kuku yg tajam dan panjang ke wajah Rina. Secara refleks tanganku naik menepisnya, menghasilkan bunyi berlaga yg agak kuat di antara kami.
"Oww!" Qila mengaduh sakit penuh dramatik. Drama queen.
Dari ekor mataku, terlihat jelas pergerakan Zara yg turut ingin bertindak menyerangku namun terhenti saat aku yg terlebih dahulu mengambil langkah ke hadapannya tanda mencabar.
Pergerakan gadis itu terhenti serta-merta begitu juga dengan tiga lagi rakan baiknya.
Namun wajah masing-masing masih lagi terpamer jelas tidak berpuas hati.
"Stop arguing with us over the same damn thing over and over again."
"Jauhkan diri kau dari Knightz, we'll do the same for Darkrose." laju Zara membidas.
"Bukan aku yg cari dia. Pandai-pandai kau lah macam mana nak jaga boyfriend kau sendiri. Jangan serang team aku." tenang aku cuba berkompromi dengan amarahku sendiri saat berdepan dengan gadis ini.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Mistério / SuspenseWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...