45 | Let's Party Bitches!

184 28 4
                                    

Fifi's POV :

"Apa benda yg korang tak puas hati lagi ni hah?!"

Zara ketawa sinis saat mendengar tengkingan Rina yg sedang dipenuhi amarah.

"Kesiannya aku tengok korang semua ni. Lembik!"

Aku perasan Nia dan Rina sudah mengetap gigi masing-masing. Penumbuk mereka terkepal di sisi tubuh namun Quinns pula masih mampu tersenyum sinis. Wajah Zara aku renung tajam.

"Apa benda yg kau nak sebenarnya sekarang ni? Jangan nak tunjuk besar kepala sangat bila kitaorang tak melawan."

"Oh kau ingat bila kau cakap macam tu kitaorang takut la? Dasar lemah! Memang padan muka korang Knightz tu tinggalkan Darkrose. Diaorang semua lebih layak dengan Quinns." sinis dan angkuh bicara Julianna kepada kami semua namun perhatiannya lebih tertumpu kepada Rina. Tawa sinis Nia yg tiba-tiba berjaya menarik perhatiannya.

"FYI, mengalah tu tak semestinya lemah. Idiot! Dasar perempuan tak sedar diri. Engkau tu yg sebenarnya lemah. Kalau kau berani, takdenya kau berselindung dekat belakang Knightz selama ni."

Bibirku serta-merta ternaik sedikit mengukir senyuman sinis saat mendengar kata-kata gadis itu. Quinns mengetap gigi penuh marah sebelum Nina membuka mulutnya membalas,

"Sekurang-kurangnya Knightz berpihak pada kitaorang semua dan bukannya pada perempuan sundal macam korang!"

Serentak Nia mengangkat tinggi penumbuknya untuk dilayangkan ke wajah gadis bermulut celupar itu. Aku cuba melarang namun gadis itu tidak peduli, seperti selalunya. Dan saat serangannya hampir seinci ingin mengenai sasaran, ada pula tangan lain yg menahannya.

"Apa yg awak cuba buat ni?"

Aku terkedu. Dua lagi rakan baikku juga begitu.

"A-Areyz.." wajah Nia berubah pucat hampir serta-merta.

"Boleh tak awak berhenti cari pasal dengan orang lain?" tenang namun keras bicara lelaki berkacamata itu kepada rakan baikku sebelum melepaskan pegangannya pada pergelangan tangan Nia.

Nia hanya kaku. Dia kelihatan ingin bersuara namun tiada apa yg mampu keluar dari mulutnya. Matanya kekal merenung wajah Areyz yg entah dari mana muncul di belakang bangunan tingkatan lima ini bersama tiga lagi rakan baiknya.

"Bukan aku yg cari pasal," akhirnya dia mampu bersuara selepas beberapa minit hanya diam dengan renungan tajam Areyz yg menikam.

Danny terus menyampuk. "Habistu kenapa kau sampai nak naik tangan dekat Nina tadi? Apa lagi yg korang tak puas hati sebenarnya?"

Dia back up Quinns.

Baru sahaja aku ingin membalas, kami semua dikejutkan dengan tawa sinis Rina yg tiba-tiba kedengaran di sebelahku. Sangat sangat sinis. Perhatian kami semua kini sudahpun tertumpu ke arahnya.

"Seriously? Diaorang yg cari pasal, kitaorang yg kena?" kepalanya digeleng perlahan. "Bukan Darkrose yg masih tak puas hati Danny, tapi girlfriend korang ni yg selalu menyakitkan hati."

Aku perasan reaksi tubuh Knightz yg kelihatan sedikit tersentak saat mendengar perkataan 'girlfriend' yg hanya disebut selamba oleh Rina sebentar tadi. Quinns pula sudah berwajah jengkel.

"Korang rasa Darkrose lemah ke sebab Ary takde? Korang rasa kitaorang ni tak mampu melawan sebab dah kehilangan seorang leader? Kalau itu lah yg korang semua fikir, its absolutely a wrong thoughts bitches."

Tanganku naik berpeluk tubuh, berpuas hati dengan apa yg dimulakan oleh si gadis ungu. Nia juga kelihatan begitu.

"Kalau Darkrose nak, bila-bila masa je kitaorang boleh buat apa yg kitaorang suka. Setakat nak uruskan penyangak tak guna macam Quinns, dengan pengecut sial macam Knightz, anytime, we can let our bitch out to play anytime. Mungkin korang tak tahu ataupun buta tak nampak benda ni aku tak pasti tapi sekarang ni, apa yg kitaorang nak buat cuma satu benda je. Nak tahu apa? Hentak korang semua sampai tak boleh berjalan, terlantar dekat hospital. Ni, muka buruk mintak kaki engkau ni," tangan Rina naik menepuk pipi Jue di hadapannya beberapa kali dengan gigi terketap, "aku geram sangat nak pergi seret atas tar depan sana tu sampai takde rupa langsung. Korang sepatutnya rasa bersyukur sebab kitaorang diam je tahan caci maki korang selama tiga bulan ni macam orang bodoh. Ada janji yg tak mungkin kitaorang mungkiri. Nak tahu dengan siapa kitaorang dah berjanji Rayyan?" senyuman sinisnya terukir buat lelaki itu. "Perempuan merah yg kau dah khianat lepas sebulan dia pergi. You hear that? Baru sebulan dan kau dah melekat dengan perempuan lain. Kau dengan kawan-kawan kau dengan minah-minah sundal ni semua sama je. Sama-sama murah! Pathetic!"

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now