19 | Therapy

232 27 0
                                    

Nia's POV :

Air fresh orange di atas meja kayu sederhana panjang di hadapanku aku capai sebelum meneguknya hingga separuh.

Mataku melirik ke arah Nana yg bersandar di sebelah, mulutnya masih tidak berhenti mengunyah kuaci sejak tadi namun matanya kekal terpaku pada skrin televisyen yg besar di hadapan.

Netflix.

Kami semua sedang berkumpul di ruang tamu utama, menikmati waktu pagi yg santai. Tubuh-tubuh manusia bergelimpangan di situ. Pelbagai jenis makanan juga berselerakan di semua tempat.

Jack dan Alex di sofa bersebelahan dengan sofa yg didudukiku, kedua-duanya bersandar malas. Raiz di sofa single bersebelahan dengan mereka. Eddy dan Fadh berbaring di atas lantai yg berkarpet lembut, tangan masing-masing naik menongkat kepala.

Dan yg paling dekat dengan televisyen adalah Luth dan Fifi yg sedang bersila, juga di lantai. Nana di kananku manakala Rina menongkat sisi kepalanya di atas meja kecil di tengah-tengah yg dipenuhi makanan. Tangannya menyenduk beberapa sudu aiskrim lalu disumbat masuk ke dalam mulutnya dan berterusan seperti itu sejak tadi.

Postur tubuh mereka semua kelihatan sangat tenang menikmati pilihan cerita 'Ginny & Georgia' di hadapan.

Marcus is so sassy. I like him. A lot.

Dan saat ini hanya seorang manusia sahaja yg tidak berada di sini. Menikmati waktu keluarga kami bersama dan bersantai pada hujung minggu seperti ini.

Ary.

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian yg berlaku melibatkan kumpulan Phoenixz tempoh hari.

Gadis merah itu langsung tidak bercakap dengan sesiapa.

Dan dalam tempoh itu juga, Ary berada di dalam zon merah. Zon berbahaya bagi kami semua.

Selama seminggu itu, Ary banyak mengamuk.

Tidak seperti kebiasaannya, amarahnya kini hanya dilepaskan kepada Renuisse dan bukannya pada punching bag miliknya seperti selalu.

Aku juga tidak pasti apa penyebabnya. Kami semua mulai buntu dengan perubahan gadis itu. Nana juga sering meluahkan kerisauannya padaku dan dua lagi rakan baikku.

Ingin bertanya, bimbang andai Ary semakin tenggelam dalam melayan amarahnya.

Akhirnya diputuskan agar kami semua hanya perlu mendiamkan diri dan berkelakuan seperti sediakala.

Hanya Alex satu-satunya yg kelihatan tenang dengan keadaan tersebut.

Well, I don't really know. Alex always know how to maintain his composure.

"Aipp kau tak boleh tengok!" suara kuat milik Luth tiba-tiba memecah keheningan seiring dengan bunyi tepukan yg kasar pada kulit seseorang.

Memandang lelaki itu, tangannya sudahpun melekat pada kedua-dua belah mata milik Fifi di sebelahnya. Memandang skrin televisyen yg besar di hadapan pula, mataku membulat sedikit.

Oh.

"Sakitlah!" tangan Fifi naik menampar wajah lelaki itu, tetap mengena meskipun matanya masih ditutup.

"Kau underage, tak sesuai." tangannya masih tidak dilepaskan meskipun Fifi meronta-ronta dengan ganas.

Lelaki itu tiba-tiba menoleh ke arahku.

Scene di televisyen masih terus bermain. Aku hanya mengangkat kening ke arahnya, tanda mencabar.

Relax lah, kiss je pun.

Nana yg perasan renungan tajam lelaki itu terus menoleh ke arahku, seolah-olah turut tersedar.

Dengusan kasarku terlepas, "Oh please-"

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now