Ary's POV :
Aku merenung tajam wajah Tao yang tersenyum sinis.
Lelaki berketurunan Cina itu sedang enak duduk bersandar di sofa mahalnya.
Perlahan-lahan senyuman sinisnya berubah menjadi senyuman senget lalu akhirnya berubah menjadi tawa yang sangat sinis.
"Unbelievable.”
Wajah lelaki itu bersinar penuh ceria.
"For all your reputation and 'brilliance' as the feared leader of Darkrose, you sure have your fair share of stupid moments."
Mata kecil lelaki itu hampir tidak kelihatan kerana tawa besarnya.
Baru sahaja membuka mulut ingin membalas, fokusku terganggu sebaik sahaja terperasankan posisi terbaruku yang mula dikelilingi anak-anak buah Blood Dragon.
Dalam kesedaran tersebut, entah kenapa mataku terpaku pada wajah seseorang.
Seseorang yang sedang berdiri tegap di belakang Tao yang sedang bersandar selesa di atas sofa miliknya.
Seseorang yang terlihat seperti...anak buahku?
Aku agak tersentak saat lelaki itu tiba-tiba mengukir senyuman sinis.
"Hi, lady boss."
Dia menyapa dengan senyuman yang semakin lebar.
Cukup tahu bahawa wajahku sudah berubah terkejut saat ini.
Lady boss?
Hanya dua orang manusia sahaja yang gemar memanggilku dengan nama panggilan tersebut selama ini.
Nia, dengan...
Laju sahaja otakku mencantumkan segala klu yang datang satu persatu.
Dan dalam beberapa saat selepasnya, mataku membulat memandang lelaki itu.
"Ben!"
Bergema suaraku ke segenap ruangan tersebut.
Makin lebar senyuman Tao.
"Jangan tunjuk sangat muka terkejut kau, dear. For your information, Ben dah lama berkhidmat untuk aku."
Kepalanya digeleng perlahan, mengejek.
"Kau je yang terlampau bodoh sampaikan benda simple macam ni pun kau lambat pick up."
God, those words hit my pride hard.
Tawa sinis lelaki itu kembali kedengaran seiring dengan bicara angkuhnya.
"Kau cuma pura-pura je dengan Darkrose selama ni."
Aku menyatakan kenyataan yang tidak mampu aku terima. Perlahan gigiku terketap. Maruahku rasa tercabar.
"Yes." Ben membalas penuh bangga, tanpa ragu.
"I'm just following my leader's orders." kedua-dua bahunya diangkat tanpa riak bersalah.
Spontan penumbukku terkepal melihatnya.
Maksudnya..
Oh damn..Nia...
"Kau marah ke?"
Ben menyoal penuh sinis dengan kening yang sudah terjongket naik.
"Aaaa takutnya aku.." lelaki itu ketawa.
Aku menghela nafas yang aku sendiri tidak sedar sedang menahannya.
"Macam mana dengan Nia? Kau gunakan dia semata-mata untuk buat aku percayakan kau?"
"Yup."
Riak wajah itu. Penuh dengan kebanggaan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Misteri / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
