3rd POV :
Kelajuan kenderaan yg dipandu si gadis merah ditambah saat melalui jalan raya yg sunyi. Beberapa minit perjalanan semuanya berjalan dengan lancar. Masalahnya hanya satu saat ini,
Mereka mula didatangi tetamu. Jack yg memandu di belakang sekali mula menambahkan kelajuan kenderaannya. Alex juga begitu seiring dengan kelajuan sang ketua yg sudah semakin jauh ke hadapan. Namun secepat mana juga mereka semua memandu, musuh-musuh yg ingin menyerang turut memecut kenderaan mereka ingin menyaingi kelajuan Darkrose. Dua jip hitam yg tidak dikenali di belakang sudahpun memotong dan kini berada di kedua-dua sisi kenderaan ketua mereka. Di situlah permulaannya dimana rempuhan kereta terjadi. Dan serentak itu juga tembakan dilepaskan ke arah cermin kenderaan sang ketua dan juga rakan-rakannya.
Alex mengetap gigi saat melihat kereta ketuanya yg mula dihimpit menuju ke arah pembahagi jalan di hadapan. Ary yg memandu pula berusaha sehabis mungkin untuk melepaskan kedudukannya yg sedang tersepit antara dua buah kenderaan tersebut.
Bang!
Bang!
Bang!
Jack dan Alex turut terkena tempias yg sama. Lebih memburukkan keadaan apabila bahagian belakang kereta milik Jack kini sedang dirempuh tanpa henti, sekaligus membuatkan dia hilang kawalan. Dalam sekelip mata kenderaan yg dipandunya terbalik ke hadapan sebelum terseret dan melanggar pembahagi jalan, menghasilkan bunyi dentuman yg sangat kuat.
"Argh!" jeritan sakit milik Luth kedengaran saat sebahagian daripada serpihan kenderaan dan cermin yg hancur menusuk masuk ke dalam kulit di bahagian peha dan juga tulang kakinya.
Nana yg sudah diselubungi amarah segera membuka cermin di bahagian sebelah pemandu yg didudukinya sebelum mengeluarkan AK yg sedang dipegang lalu melepaskan tembakan secara berterusan ke arah kenderaan yg telah merempuh Jack sebentar tadi diikuti dengan beberapa kenderaan yg lain selepasnya. Mereka semua mula berbalas tembakan apabila Raiz juga turut mengikut langkah si gadis berambut pendek. Rina yg bersama Ary turut tidak ketinggalan. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila dua daripada terlalu banyak kenderaan musuh yg sedang menyerang tiba-tiba bertindak menghadang laluan mereka semua dengan memotong dan berhenti di tengah-tengah jalan raya tersebut sekaligus membuatkan si gadis merah merempuh kereta mereka. Alex di belakang yg tidak sempat menekan brek pula merempuh belakang kenderaan ketuanya.
Pelanggaran tersebut menyebabkan kereta yg dinaiki mereka remuk dengan sangat teruk kerana dihimpit manakala kenderaan yg dipandu oleh Alex pula terbalik ke tepi kerana hentaman yg kuat dari sisi kirinya juga.
**
Ary's POV :
Kepalaku terasa berpusing sebaik sahaja rempuhan dengan dua buah jip yg menghadang di hadapan berlaku. Semua cebisan cermin kenderaan yg dinaiki kami terpelanting menghiris kulit wajah dan juga tubuhku. Beberapa daripadanya juga jatuh berkumpul di ribaanku. Cecair pekat terasa mengalir dari pelipisku namun pandanganku saat ini kabur. Telingaku berdesing. Tarikan dan hembusan nafas yg kasar dari sisi menarikku ke realiti.
"Erh,"
Aku menoleh ke kiri. Wajah berkerut Fifi menyapa imbasan mataku sebelum turun memandang tangannya yg sedang melekap erat pada bahunya sendiri.
"Get out if you want to fight," dengan itu aku memboloskan tubuhku keluar dari kenderaan tersebut melalui celahan kecil pintu yg sudah remuk.
MP5 di tangan aku halakan tepat ke arah kenderaan yg telah menghadang jalan kami semua sebentar tadi. Bunyi tembakan mula kedengaran tanpa henti sebaik sahaja mereka semua melangkah turun dari kenderaan. Darah yg mengalir aku biarkan mengalir sebaliknya darah yg masih belum tumpah aku tumpahkannya satu persatu. Nia yg rupanya sudah terlebih dahulu ke luar turut melepaskan tembakan sepenuh hatinya. Shotgun yg sudah kehabisan peluru di tangan dia lepaskan sebelum mencapai AK pula dari bonet kenderaan kami yg terbuka. Giginya terketap. Seketika kemudian Rina pula yg masuk ke dalam imbasan mataku, melangkah jauh dari kami semua berhadapan terus dengan musuhnya. Fifi yg terkena tembakan mengikut sama.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Misterio / SuspensoWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...