25 | Half Her, Half Devil

207 22 0
                                    

Aryana.

Seorang gadis yg diibaratkan seperti sekuntum bunga ros berwarna merah. Sentiasa mekar menyinari setiap yg berada di sekelilingnya. Terlihat indah dan berseri bagi setiap yg memandangnya.

Merah yg terlalu menarik perhatian.

Pada suatu saat dahulu, merahnya gadis itu mampu menghapuskan debu hitam yg lain. Merahnya gadis itu mampu menarik perhatian yg lain.

Menjadi ceria dan mekar sepertinya tanpa kotoran. Membawa yg lain berlindung di balik durinya yg tajam.

Namun kerana sesuatu yg dinamakan kejahatan,

kejahatan yg diberikan oleh manusia kepada merah mekarnya, dia hampir layu.

Hampir..namun belum layu. Hanya kelopaknya yg menguncup sebelum terlerai satu persatu. Ia berganti.

Berganti dengan yg baru. Merah yg lebih merah. Tajam yg lebih tajam. Malah mampu memberikan sakit yg menikam dari dalam.

Dia berubah. Dirinya ibarat terbahagi dua. Separuh merah dan separuhnya hitam.

It's half her and half the devil.

Sebaik sahaja diuji dengan kesakitan yg dianggap terlalu mencabar diri, itulah dia.

Merah yg dahulunya selalu menyebarkan keceriaan dan ketenangan kini berubah sepenuhnya menjadi merah yg menyebarkan kesakitan dan kekotoran.

Merebak hingga mempengaruhi yg lain. Membinasakan hingga tiada yg terakhir.

Dia tersenyum. Mungkin sinis tetapi hatinya menangis. Tiada yg pernah tahu.

Hanya kekerasannya yg terpamer dan juga durinya yg digeruni. Kelopak merah yg pada mulanya suci kini dikotori.

Semakin lama semakin jelas hitam yg menyelimuti dirinya. Sehingga mengancam dan mempengaruhi mekarnya bunga yg mengelilingi.

Kini yg tinggal hanyalah secebis. Hanya secebis dari sekuntum bunga mawarnya.

Dia tidak lagi tertarik untuk melindungi sebaliknya menyakiti.

Bukan salahnya sedangkan dia berusaha. Diberi darah merahnya agar harapan yg layu kembali hidup namun hampa.

Kosong.

Hanya kesakitan. Kekecewaan. Dan juga rasa kehilangan. Rasa yg hadir dari hati yg dalam terpamer hingga ke luarannya. Menunjukkan sisi sekuntum bunga mawar yg disembunyi.

Akibat seseorang, sisi itu mula mengerti. Kekejaman dan kesakitan adalah rasa yg sepatutnya diberi.

Dan kini setelah bertahun-tahun berdampingan dengan hitamnya kekotoran,


Dia hancur. Sepenuhnya gelap dan suram.

Hanya menanti masa untuk layu dan akhirnya mati. Itulah dia. Tajam durinya untuk mempertahankan diri namun akhirnya dia turut dilukai, dibinasakan oleh durinya sendiri.

Tanpa mereka sedar, ada sedikit yg masih cuba dipertahankannya. Di dalam, jauh terbenam di dalam.

Kasih sayang.

Ya, secebis perasaan kasih dan sayang yg entah kenapa masih tertinggal utuh. Mendorongnya untuk terus berdiri megah meskipun sudah tidak semekar yg dulu.

Kata 'mereka', mawar merah yg dikelilingi sinar keceriaan itu, adalah Aryana.

Namun kata mereka juga, mawar hitam yg dikelilingi aura kegelapan itu pula, adalah Arlyssa.


Tengku Aryana Arlyssa Madeena,
The queen of Black Maniac,
The leader of Darkrose.

Being the most cruel devil because of a man.
A dirty hand that 'hug' her tight from afar.
Poisoned her with revenge and pain.

More love?

She won't react.


Pain?

She won't show.


Anger?

She won't keep.


She can give you anything but she will never told you what inside. Always keep that in mind, then think twice.

Hate or Love?

Choose and she will give you without a word.

Why?

Because action always speak louder that words. If she want to or she don't want to, both. She doesn't need to say but show.

As her pleasure.
As your wish.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now