79 | Thirteen Heads

94 10 1
                                    

"Awak sebenarnya memang dah kenal Danielle, kan?"

Lamunan panjang Ary tersentak dengan suara garau seorang lelaki lantas dia berpaling.

"Come again?"

"Awak sebenarnya memang dah lama kenal Danielle kan? Awak kenal dia sebelum awak nampak dia dekat rumah papa lagi."

"Yup," Ary menjawab ringkas saat Rayyan sudah melabuhkan duduk di sebelahnya.

Suasana di luar kediaman mereka agak sejuk dan menyeramkan namun Ary sukakan ketenangan tersebut.

"Sebab tu awak selalu tanya saya pasal dia. Bila saya tanya balik, awak akan cakap takde apa-apa."

"Iya," Ary masih mengiyakan.

"Macam mana papa saya boleh berkawan baik dengan orang macam dia?"

"That's the thing?"

"Ya, saya nakkan jawapan. And saya tahu sangat yg papa takkan boleh bagi saya benda tu."

"Alright Ray, you should know yg aku akan jawab apa-apa je yg kau nak tahu." Ary kini kelihatan serius.

"First of all, jangan risau sebab papa kau tak buat any benda illegal. Kualiti Rafzal, dia tak pernah cheat. And bukan cuma Danielle yg berkawan baik dengan dia tapi ramai lagi kepala mafia lain, even Blake. Aku kenal dia and dia pun kenal aku jugak but, yeah..as a gang leader."

Rayyan meneliti wajah si gadis lama. Riak gadis itu kesal.

Kenyataan bahawa Tengku Rafzal mengenalinya dari sisi yg kurang baik rupanya menganggu si gadis.

Ary diam sebentar. Memberi ruang kepada Rayyan untuk menghadam penjelasan yg lancar diberikannya awal tadi.

"Khidmat papa kau tak pernah dapat complaints. Dia dapat satu task, he would fight till the end. He is the provider. Kuasa papa kau besar dalam bidang dia, Ray. Sebab tu ramai mafia nak berurusan dengan dia. And disebabkan tu jugak takde orang berani cari masalah dengan dia. Tapi kau tetap kena ingat, walaupun ramai berdiri dekat depan dia, bahaya mesti ada. AKAN ada. To be honest, aku letak tracker dekat kereta kau lepas dapat tahu yg Danielle best buddy papa kau."

"You..put a tracking device on my car?"

"Sorry but it was necessary, pìccante."

Rayyan terdiam sejenak.

"Aku tahu papa kau takkan bagi aku dengan kau. Walaupun sekarang, aku tetap sedar benda tu. Duduk dalam dunia kitaorang risikonya tinggi, Ray. Aku takut aku tak mampu nak protect kau."

"Protect saya?" Rayyan sudah berkerut tidak percaya.

"No, awak tak perlu protect saya. Saya yang kena jaga awak, Aryana."

"Kau tak faham."

"Buat saya faham." wajah Rayyan berkerut.

"Aku mintak maaf, Ray."

Makin dalam kerutan di wajah lelaki itu.

"Aku mintak maaf sebab libatkan Knightz dalam dunia Darkrose."

"We are here by our own will. Fullstop."

Ary mengeluh lagi.

"Thank you sebab sudi jawab soalan saya. Jom masuk, dah lewat ni. Esok awak busy dengan meet tu." tangan si gadis merah dia tarik agar mengikutnya ke dalam.

Masuk ke bilik dan menyegarkan diri, Ary terus merebahkan tubuhnya ke atas katil dengan keluhan panjang. Jam akhirnya menginjak ke angka 3 pagi dan dia masih terkebil-kebil sendiri. Puas dia cuba melelapkan mata namun tiada hasilnya.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now