Ary's POV :
Aku melalui setiap satu pintu besi yg berada di hadapanku. Pintu-pintu khas yg dibina untuk mengurung semua tahananku dengan begitu rapi sekali. Setakat ini hanya Ben dan Renuisse sahaja yg masih mampu bertahan di sini. Kerana apa?
Kerana mereka tidak diseksa dengan teruk seperti tahanan-tahanan yg lain bahkan diberi makanan setiap hari. Kebanyakan tahananku sebelum ini mati hanya kerana dua, mati kelaparan atau mati kerana dipukul dengan teruk secara berterusan. Aku membuat keputusan untuk berhenti di hadapan salah sebuah pintu besi yg berada di situ apabila teringatkan sesuatu- atau lebih tepat, seseorang. Kata kunci sebanyak lima digit ditekan laju sebelum pintu yg berwarna hitam itu mula terbuka perlahan-lahan. Wajah seorang lelaki berketurunan Inggeris serta-merta masuk ke dalam imbasan mataku. Lelaki itu jelas sekali sedang tidur dengan kepalanya yg terdongak sedikit ke atas bersandar pada dinding sejuk bilik tahanan tersebut. Dia tidak berbaju sekaligus mempamerkan terus segala tatu yg menghiasi tubuhnya kepadaku.
Perlahan langkahku diatur ke arah tubuh kakunya hingga jarak antara kami berdua hanya tinggal beberapa langkah. Jika dahulu aku akan memberikannya seksaan yg semahunya namun kini tidak lagi. Luka-luka yg sering menghiasi tubuh dan wajah lelaki itu sebelum ini juga sudah lama tiada sebaliknya yg terpampang di hadapan mataku saat ini hanyalah wajah seorang lelaki yg sangat sempurna tanpa sebarang cacat cela, kecuali parut singkat yg menghiasi bawah dagu dan juga kawasan lengannya hasil torehan mata tajam belati perak milikku dahulu.
"Renuisse," perlahan namanya aku sebut.
"Why are you here?"
Tidak mampu dinafikan bahawa aku sedikit terkejut saat lelaki itu tiba-tiba membalas. Kelopak matanya kekal terkatup rapat.
"You're not sleeping?"
Kali ini barulah lelaki itu membuka mata, dan pandangan mata birunya bertemu terus denganku.
"Why?" dia membuka mulut menyoal. "It's been a while since you last came here. It always that Chinese guy who would come visit me everyday and sent me food."
"Chinese? You mean, Alex?"
"I don't know. I never knew his name all this while."
Keadaan tiba-tiba berubah menjadi sunyi sepi selepas itu. Aku tak tahu apa yg aku nak sebenarnya masuk dalam tempat ni.
"Why are you so quiet?" dia bersuara lagi. "Mind to tell me what you want?"
Tidak menjawab aku hanya diam merenung wajahnya tanpa riak atau sebarang emosi.
"Aku cuma nak tengok keadaan kau," beberapa minit selepasnya.
"For what? You worried about me?"
Aku menggeleng perlahan. "You said it yourself. It's been a while since I last came here. So today, I decided to come see you. Just want to see how was your condition after today." kedua-dua bahuku terangkat naik secara spontan. "Kalau kau okay..aku pergi du-"
"Wait, Arlyssa!"
Pergerakanku yg sudah berpaling ingin berlalu pergi serta-merta terhenti, lantas kembali menoleh memandangnya.
"Actually, I have something to talk about," sangat perlahan lelaki itu bersuara seakan-akan berbisik. Riak wajahnya berubah gelisah memandangku.
"I'm listening,"
Dia tiba-tiba bangun berdiri, dan ketinggiannya pastilah, sangat pasti, sememangnya, melebihi ketinggianku. "I-I want to-to apologise.." tergagap dia bersuara.
Aku sedikit tersentak namun postur tubuh tegasku aku biarkan terpasang. Tanganku dibawa naik berpeluk tubuh.
"For what?"
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Mistério / SuspenseWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...