72 | Her Fierce Soldier

113 18 8
                                    

Rayyan's POV :

Lama perbualan aku dan Ary berterusan di dapur tanpa sebarang gangguan. Timbul rasa pelik di hatiku dengan rasa mengantuk tadi yg sudah hilang sekelip mata sebaik sahaja aku melihat si gadis.

Meskipun saat ini kami sudah berjalan bergandingan melalui lorong 'bilik-bilik tahanan' Darkrose seperti yg dikatakan Ary, mataku tidak langsung terasa kuyu malah bersemangat lebih pula.

Aku lihat Ary juga masih berjalan seperti biasa, tidaklah terhuyung-hayang kerana mengantuk atau penat. Wajahnya sahaja yg kelihatan tidak bermaya namun matanya aku perasan masih segar melirikku sekilas beberapa kali saat bersuara menerangkan apa sahaja yg aku tanyakan. Perbualan kami berdua di dapur sejak tadi berakhir dengan gadis ini yg mengajakku ke bawah supaya aku dapat mengenal laluan bawah villa. Dalam perjalanan kami yg aku rasakan panjang ini, bau-bau darah dan peluh sememangnya tidak dapat dielakkan masuk ke rongga hidungku tanpa henti. Bercampur-campur dengan perasaanku yg cemas dan gelisah tanpa sedar meskipun cuba dikawal sehabis baik di hadapan gadis kesayanganku.

"Setakat ni takde sesiapa dah dekat sini. Orang last dalam ni cuma Renuisse."

Aku tersentak. "Renuisse? Lelaki blonde yg Alex tembak semalam kan?"

"Mhm. Dia dari gang Itali. Phoenixz."

"Kenapa awak jadikan dia tahanan awak? Then kenapa awak lepaskan dia pulak sekarang?"

"Ray, time may come when you know reasons behind that one."

Aku hanya mengangguk tanda faham. Apa yg aku dapat harini pun dah cukup banyak sebenarnya jadi aku takkan push lebih lagi.

Kakiku berhenti melangkah saat Ary di sebelah juga turut berbuat begitu. Nampaknya kami berdua sudahpun berada di penghujung lorong separa gelap ini.

"Tengok sini," suara Ary membuatkan mataku segera fokus ke arah jemari runcingnya yg jatuh pada kotak suis bersaiz kecil di dinding hadapan kami.

Penutupnya dibuka sebelum jarinya menolak satu suis di situ. Serta-merta satu ruangan bercahaya terang terbuka, seakan-akan sebuah lif di mall.

Ary melangkah masuk sebelum berpaling kembali memandangku dan memberi gerakan tangan supaya aku turut masuk. Tiada sebarang angka atau nombor seperti kebiasaan sebuah lif sebaliknya hanya dua punat dan dua warna di sisi kanan kami. Butang bulat yg berwarna merah di atas manakala yg berwarna hijau di bawahnya, masih di dalam kotak seperti yg di luar.

"Button merah, ke atas." Ary bersuara lagi dengan tangan yg sudah pada punat yg dimaksudkannya. "Which means kalau ke atas, kita akan terus ke ruang tamu utama villa."

"Oh, tapi tadi kita guna tangga kan?"

"Yup, terpulanglah kau nak pakai yg mana. Tangga tu selalunya diaorang guna kalau ada emergency. Tapi aku suka pakai tangga kalau nak visit orang kat sini."

'Visit?'

Meremang pulak bulu roma aku ni.

Ary menyambung lagi. "Hijau ni, ke bawah. Tempat latihan Darkrose." dia menekan butang tersebut saat menerangkan.

Dan sekali lagi tidak sama seperti kebiasaan sebuah lif yg lain, pintu lif yg di sini tidak tertutup sama sekali saat bergerak.

Knightz memang dah kena biasakan diri lepasni.

Beberapa saat bergerak ke bawah, kotak lif ini berhenti, lantai rata tingkat bawah pula yg menyapa mataku saat memijak ke luar.

"Nak turun bawah ni kalau taknak pakai lif ni pun takpe," Ary bersuara lagi. "sebab bilik tahanan dengan bilik training kita connected."

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now