78 | A Lucky Guy

178 12 5
                                    

ROME, ITALY

3rd's POV :

Akhirnya berdiri di hadapan rumah penginapan yg bakal didiami mereka selama tiga hari, Darkrose sudahpun ternganga tidak percaya.

Rumah penginapan tersebut bukanlah homestay dua tingkat seperti kebiasaan mereka bekerja sebaliknya sebuah rumah mewah yg Ary katakan tersedia dengan hampir 18 buah bilik dan juga dua kolam renang peribadi.

Si gadis merah yg sudah terbiasa dengan kawasan tersebut terus mengatur langkah ke dalam lalu mendaki salah satu tangga yg berdiri megah di kedua-dua sisi ruang tamu mereka.

"Buat macam rumah sendiri. Rumah ni three story. So, takde lif just tangga." berpaling sekilas, tangan si gadis naik mengarah ke arah tangga di kanannya.

"Sana bilik, sini pun bilik." tangannya turut bergerak menunjuk tangga yg sedang dinaikinya. "Cukup sorang satu, pilih je." lalu kakinya kembali mengatur langkah.

"Nice!" Luth yg sudah mendapat green light terus berlari meninggalkan yg lain mendapatkan ketuanya.

"Woi, sebelah bilik boss aku punya!" Eddy menempik lalu turut berlari.

"Aku lah!" Jack mengikut dengan gigi terketap.

Serentak dengan itu, yg lain turut berpecah mendaki anak tangga di kiri dan kanan rumah tanpa berlengah.

"Eh?! Apesal semua nak duduk sebelah bilik Aryana ni!" Rayyan sudah berkerut.

Raiz tergelak. "Diaorang memang selalu macam tu, Ray. Hati kau kena kuat sikit." bahu sasa Rayyan dia tepuk perlahan.

Rayyan pula hanya menggeleng pasrah.

Malam itu, mereka kembali berkumpul di aula rumah untuk makan malam bersama seperti yg diminta Fifi.

"Malam ni rehat. Esok pagi sesiapa yg dah siap breakfast boleh terus pergi backyard untuk training. Aku nak Knightz familiar dengan skills masing-masing."

Tidak membantah, Darkrose dan Knightz hanya mengangguk tanda faham.

Keesokannya seawal 7 pagi lagi Ary dan Alex sudahpun berada di laman belakang, meregangkan otot tubuh masing-masing. Selesai melakukan larian bersama, kedua-duanya akhirnya tercungap-cungap keletihan.

"Saya tak tahu nak expect apa esok." Alex tiba-tiba bersuara saat Ary baru selesai meneguk minuman.

Gadis itu berpaling.

"Tak perlu expect apa-apa. Kita cuma kena behave."

"Iya, tapi saya tak risaukan sangat yg lain. Saya risaukan boss. Ediz ada jugak dekat sana nanti."

"Aku tahu."

"Kalau salah langkah, kita takkan boleh patah balik, boss. Saya harap sangat boss boleh control diri esok."

Ary hanya mengangguk kecil, cukup faham dengan apa yg perlu dilakukannya. Amarahnya perlu dikawal sebaik mungkin.

Berkumpul sekali dengan hampir tiga belas negara dalam satu ruangan yg sama, berbagai isu yg bakal dibangkitkan antara mereka. Kebiasaannya perjumpaan seperti ini hanya akan berakhir dengan kekecohan akibat perbalahan sesama mereka.

Itu yg Alex takutkan.

Namun tidak dinafikan bahawa tetap ada di antara mereka yg bersekutu demi kepentingan organisasi mafia masing-masing.

"Good morning! Awal tak aku harini!"

Suara Jack yg kedengaran lantang dari arah belakang membuatkan Ary dan Alex serentak berpaling.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now