Fifi's POV :
Mataku hanya terpaku pada jalan raya di luar cermin kenderaan yg dipandu oleh pemandu Uncle Arif. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke negara Itali ini. Selepas beberapa jam berada di dalam pesawat peribadi milik Blake, akhirnya kami semua tiba di sini.
Kali ini untuk melawat Ary.
"Fif, kita nak terus pergi tempat Ary ke?" suara Nia yg tiba-tiba memecah keheningan berjaya menarikku keluar daripada sebarang tanggapan.
Pantas aku menoleh ke belakang. "Yes. Kenapa? Kau penat?"
Gadis itu terdiam buat seketika, hanya sebentar cuma.
"Tak lah. Aku ok je." senyuman kecilnya terukir.
Senyumanku turut terukir hampir serta-merta.
"Liar." aku tergelak. "Kau tu budak lagi. Ada hati nak menipu aku eh,"
Tawaku terus terlepas saat melihat riak terkejut pada wajahnya.
"It's okay, I know you're tired. Aku hantar kau dengan Rina dekat hotel tu dulu, mandi then rest. Aku nak pergi hospital kejap."
Kali ini dia tersenyun senget.
"Pandai je kau kan," kepalanya digeleng perlahan.
Aku tergelak kecil. "Siapa lagi tua, kau ke aku hah?" keningku diangkat beberapa kali ke arahnya.
Gadis itu tiba-tiba mendengus.
"Kau lahir cuma dua bulan je awal dari aku. Tahun lahir kita tetap sama kan, so tak payah nak over sangat." bebola matanya digerakkan ke atas penuh menyampah seraya berpeluk tubuh.
Semakin kuat aku ketawa. So what? No matter what it is, I still am the oldest between us four.
Dan ya. Jika diikutkan turutan lahir semua ahli Darkrose, Ary yg paling muda. Dia yg bongsu.
Namun lagaknya memang berbeza dari yg sepatutnya.
Gadis itu seorang ketua. Pemikirannya matang dan selalu ke hadapan, jauh berbeza dengan umurnya yg masih mentah. Jika tidak, dia tidak akan mampu mengetuai Black Maniac suatu ketika dahulu. Kumpulan mafia terbesar di seluruh Asia. Bahkan apabila Blake kembali mengambil alih, para mafia yg lain tetap juga tidak berani untuk melibatkan diri mereka dalam sebarang pergaduhan atau peperangan dengan Black Maniac.
Blake dan juga Ary, sememangnya berbahaya apabila bersama. Kata Alex, kebanyakan ajaran Blake dahululah yg membentuk diri Ary yg sekarang.
Sikapnya yg begitu juga berjaya membentuk Darkrose menjadi seperti yg hari ini terutama sekali aku dan dua lagi rakan baikku. Jika bukan kerana Ary..aku, Nia dan juga Rina bukanlah sesiapa jika dibandingkan dengan yg dahulu. Meskipun kami semua dari golongan yg sama, kehidupan kami bertiga tidaklah seindah anak gadis yg lain.
Merenung malas ke luar cermin kenderaan, aku teringat semula saat pertama kali aku dan gadis merah itu bertemu.
"Zack, kita nak pergi mana ni?"
"Ikut jelah, saya nak jumpa kawan kejap." laju sahaja lelaki itu menjawab tanpa menoleh memandangku.
Mataku jatuh merenung tangan kami berdua yg dicantum bersama. Tubuhku ditariknya melepasi lautan manusia yg berada di dalam kelab malam tersebut.
Tempat ni, pertama kali aku jejakkan kaki ke sini. Semuanya kerana Zack. Katanya ingin berjumpa dengan rakan baiknya, di sini, kerana ada urusan penting.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Mistero / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...