5 | Equal

247 29 1
                                        

Rina's POV :

Ary nampak marah sepanjang perjalanan kami ke bilik pengetua.

Dapat aku rasakan aura tegang dari tubuhnya sejak tadi.

Mataku naik melirik ke arah Nia yang berjalan di sebelahku. Tubuh gadis itu turut kelihatan tegang namun matanya terisi perasaan bersalah.

Aku pun tak pasti sebenarnya siapa yang salah tapi apa yang aku pasti, kedinginan dua rakan baikku ini tidak akan bertahan lama.

Perjalanan ke bilik pengetua di bahagian paling bawah bangunan terasa sangat lama dan hanya diisi dengan kesunyian antara kami.

Ketika kami akhirnya berhenti di hadapan pintu bilik yang menjadi tujuan, tangan Ary naik mengetuk pintu kayu tersebut sebanyak dua kali sebelum tombol pintu dipulas lalu melangkah masuk.

"Good morning, Aryana."

Pengetua sekolah kami menyapa dengan senyuman, pastinya sudah dapat mengagak kedatangan Darkrose pada pagi ini.

"It's already noon."

Ary membalas dingin tepat saat dia akhirnya berhenti di hadapan dua buah kerusi bertentangan dengan meja besar milik pengetua.

"It's 11.59 am."

Pengetua kami menjawab selamba seraya melirik jam yang melilit pergelangan tangannya.

"Still count."

"Whatever."

Ary kelihatan bosan di sebelahku.

"So, Ary dah pergi kelas?" pengetua menyoal lagi, masih dengan senyuman.

"Yes, and you know what?"

Kening Ary terjongket naik kali ini.

"Ada budak-budak tak guna yang dah spoil mood Ary tadi."

Wajah gadis itu serius, meskipun nadanya masih seperti biasa.

"Siapa?"

Laju sahaja pengetua menyoal dengan wajah yang sudah berkerut.

"I think I'm the one who's supposed to be asking you the question."

Tangan kanan gadis itu kini sudah di atas meja di hadapan. Kepalanya ditundukkan sedikit menghadap pengetua yang sedang duduk.

"Siapa budak-budak baru Daisy lepas Darkrose keluar dari sini?"

Masih tiada senyuman dari Ary.

Jika dilihat, memang sangat berbeza layanan Ary dan pengetua terhadap sesama sendiri.

Seorang mudah mengukir senyuman, manakala yang seorang lagi kekal dingin.

Tengku Malik adalah pengetua bagi sekolah elit Royal Green Highschool merangkap bapa saudara gadis merah ini.

Aku menoleh ke arah dua rakan baikku yang berdiri hanya dua langkah di belakangku dan juga Ary. Kedua-duanya diam tidak berkutik di dalam bilik berhawa dingin ini, tidak berniat untuk mencelah.

"Oh, budak berempat tu ke?"

Lelaki yang agak berumur itu akhirnya bersuara, mungkin baru teringat tentang pelajar-pelajar lelaki yang dimaksudkan Ary sebentar tadi.

Gadis itu mengangguk kecil.

"Ary nak file pelajar diorang."

"For what?"

Pengetua kelihatan agak terkejut dengan permintaan anak saudaranya yang tiba-tiba.

Bukan hanya pengetua, tetapi aku hanya memilih untuk mendiamkan diri.

Young Blooded MafiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang