Ary's POV :
Aku melangkah ke tingkat paling atas bangunan untuk ke kelas seraya mengelap kawasan buku limaku menggunakan tisu yang diberikan Nia sebentar tadi.
Rina kelihatan teruja di sebelah manakala Fifi dan Nia pula hanya beberapa langkah di belakang kami berdua, berbual dan ketawa.
Aku melirik sekilas jam di pergelangan tangan.
Semakin hampir dengan kelas Daisy, telingaku sudah mampu menangkap bunyi riuh-rendah suara-suara pelajar dari kelas tersebut, cukup untuk memberitahu bahawa guru yang akan mengajar kami pada pagi ini masih belum tiba.
Nampaknya bukan hanya Darkrose sahaja yang terlewat.
Rina tersengih sumbing saat memandangku, mungkin memikirkan perkara yang sama.
Aku hanya mengangkat bahu.
Baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam kelas, kepalaku bertembung dengan permukaan dinding yang keras.
Shit.
Tubuhku terbawa ke belakang beberapa langkah dengan tangan yang serta-merta naik mencengkam kepala sendiri.
Otak aku bergegar!
"Oh, look who has just arrived."
Hah, the wall can talk now.
Aku mendongak, bertembung pandang dengan wajah beku seorang lelaki berambut perang.
Di belakangnya turut berdiri tiga lelaki dengan ekspresi wajah yang sama.
"Ary, kau okay?"
Entah bila Fifi sudah berdiri rapat di belakangku.
"Yeah."
"Kenapa korang lambat?"
Lelaki di belakang menyoal dengan sebelah kening terjongket naik memandang kami.
"Kau sibuk kenapa?"
Laju sahaja Fifi membalas, tidak berpuas hati.
"Well, tu tugas Knightz." bahu lelaki itu diangkat selamba.
Riak jengkel gadis berambut pink kelihatan.
"Kau tu siapa? Ketua kelas? Pengawas?"
Kali ini lelaki berambut perang di hadapanku tergelak kecil. Matanya masih kekal merenungku saat bersuara.
"Unfortunately, yes. Knightz pengawas sekolah. In fact,"
Tangan lelaki itu dibawa naik menunjuk simbol yang terletak kemas pada dada kanannya lalu diketuk beberapa kali menggunakan jari telunjuk.
"I'm the head prefect."
Oh.
Yeah, so?
Dapat aku rasakan tindakan Rina dan Nia yang turut merapatkan tubuh masing-masing ke arahku seperti Fifi sebentar tadi, seperti sedang bersedia ingin membalas serangan bagi pihak Darkrose.
Epic, duh.
"Kau ada nampak macam kitorang kesah?"
Nia yang terlebih dahulu membuka mulut, diikuti dengan si gadis ungu tepat selepasnya.
"Kalau kau ketua jabatan bomba dan penyelamat sekalipun, kitorang peduli apa?"
"Aku akan ambik nama Darkrose atas kesalahan datang lewat ke sekolah." lelaki itu membalas, cukup tenang.
Aku terus menggeleng perlahan, membantah bicaranya.
"No way, korang buat kerja pun tak betul. Dari tadi duduk dalam kelas buat apa? Kau bangga sangat jadi pengawas, pergi buat kerja dekat bawah lah."
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Gizem / GerilimWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
