36 | Not A Crocodile

154 23 0
                                    

Ary's POV :

"So, ni Hunter?" aku menyoal.

"Yes! Aww isn't he one cute little being.." Fifi tersenyum lebar saat mengusap lembut kepala anak kucing yg sedang berada di atas ribaannya saat ini.

Boleh tahan comel jugak lah kucing tu. Bahagian atas kepala dan kakinya berbelang hitam manakala kawasan di seluruh tubuhnya pula bertompok, turut berwarna hitam. Look soft, but fast, and pretty fierce. Dia cakar aku kot masa Luth kejar dia tadi.

"Give it to me! Biar aku potong kepala dia." Luth ingin menghampiri lagi, sejak tadi hanya itu yg cuba dilakukannya namun pisau pemotong daging sebentar tadi sudahpun berada dalam pegangan si gadis pink.

"Jangan sampai kau yg aku potong nanti." Fifi memberi amaran seraya mengangkat kembali pisau di tangannya sekaligus membantutkan terus niat lelaki itu. Pillo di atas meja terus dicapai oleh si gadis.

"Aku goreng kura-kura kau ni jadi lauk malam nanti baru kau tahu." dia mengugut lagi. Laju sahaja Luth merampas haiwan peliharaannya lalu didakap erat ke dada. Apa dah jadi lah dengan diaorang berdua ni.

"Lain kali jaga lah elok-elok kucing kau tu. Dia gigit Pillo aku kau tahu tak! Kesian anak aku." Luth mendengus kasar sebelum memberi makan kepada haiwan kecil tersebut.

"Anak kau yg lembik, macam kau!"

Luth sudah mengetap gigi ingin membalas namun laju sahaja Jack menyampuk.

"Break it off idiots. Korang berdua ni macam budak-budak lah."

"Aku ni kau tak payah cakap lah. Kawan baik kau tu yg tak matang lagi. Umur dah 19 tapi perangai macam budak terencat akal." selamba Fifi mengherdik. Makin berapi tubuh lelaki di sebelahku saat ini. Aku hanya mampu menggeleng perlahan sebelum bersuara.

"That's enough. Now tell me, korang semua jumpa dua binatang ni dekat mana?"

"Oh, apparently boss, " Jack memulakan ayatnya sebelum memandang ke arah Pillo dan juga Hunter. Dia menyambung, "Mengikut kajian kitaorang lah eh," lelaki itu tersengih. Aku hanya mengangguk. "Pillo keluar dari bilik Luth yg memang tak tutup rapat malam semalam, and Hunter pun keluar dari bilik Fifi lepas budak tu bangun kejut Rina pagi tadi sebelum mandi, and Fifi pulak tak perasan, and dalam proses tu Hunter pun terjumpa Pillo, and Pillo pun terjumpa Hunter, and disebabkan Hunter tu kecik dan warna dia yg hijau menarik perhatian Hunter, dia pun bawak lah Pillo tu pergi laman belakang, and diaorang pun main lah dengan sangat gembira dekat dalam taman bunga kita." lelaki itu sudahpun kehilangan nafasnya saat selesai bercerita.

Luth pula menghabiskannya dengan, "End of the pet story."

Aku terangguk-angguk sendiri tanda mengerti. Make sense or not, whatever.

"Yang lain mana?" aku menyoal sesiapa sahaja yg mengetahui tentang keberadaan tiga lagi penghuni villa tersebut. Di ruang tamu saat ini hanya aku dan dua lagi rakan baikku, Jack, dan juga Luth. Manakala Fadh, Nana dan juga Rina berada di dapur bersama Jenny.

"Dekat atas boss. Tapi Alex baru je keluar tadi." Luth di sebelah membalas.

Wajahku berkerut sedikit. "Pergi mana?"

"Uh..dia cakap nak jumpa dengan Ku Aryan boss." sedikit teragak-agak lelaki itu menjawab.

Baru aku teringat yg Aryan sebenarnya berada di Malaysia. Sebelum ini pun lelaki itu sudah beberapa kali menelefonku, meminta untuk berjumpa meskipun hanya sebentar cuma namun aku masih tidak mempunyai keinginan untuk berbuat begitu. Mungkin kali ini dia meminta untuk berjumpa dengan Alex pula memandangkan kedua-duanya memang berkawan baik.

"Boss nak keluar ke lepasni?" Jack tiba-tiba menyoal.

"Tak."

"Haa bagus boss! Jom kita keluar nak tak, shopping barang dapur." Nana tiba-tiba menyampuk saat baru sahaja melangkah keluar dari dapur dengan sepinggan brownies di tangan. Rina di belakangnya pula mempunyai semangkuk strawberi dalam pelukannya.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now