38 | More Than I Planned

200 28 0
                                    

Rayyan's POV :

Aku memandu kenderaanku meredah jalan raya yg sesak. Beberapa minggu sudah berlalu sejak aku dan rakan-rakanku selesai dengan hukuman menyapu sampah dan hari ini adalah hari cuti hujung minggu jadi berjuta kenderaan bergerak dan memenuhkan jalan raya. Aku? Ugh, aku cuma nak pergi kedai kopi tu je. This past few weeks has been rough. I needed to chill my brain.

Tiga lagi rakan baikku juga tidak berada di rumah. Masing-masing pulang ke rumah keluarga mereka buat sementara waktu. Semua kertas dan latihan ulang kaji kami pula masih bertimbun di apartment kerana tarikh peperiksaan akhir tahun yg kian mendekat dari hari ke hari. Sebahagiannya sudah disiapkan manakala yg sebahagian lagi masih dibiarkan sepi. Ni belum SPM lagi. We all just needed a break for a while.

Saat kenderaanku diberhentikan di hadapan lampu isyarat merah, ingatanku segera melayang kepada dua adik kembarku. Hari ini papa yg ingin membawa mereka keluar, sekaligus meninggalkan aku menjalani hari cutiku seorang diri. Padahal kedua-duanya ingin berjumpa dengan Aryana, namun nampaknya Damia dan Alisa lebih kelihatan teruja apabila papa yg ingin membawa mereka keluar. Well, bukan selalu papa aku nak bawak diaorang keluar.

Bercakap pasal Aryana, dalam beberapa minggu ni dia memang nampak lain, dengan aku. Dia dah taknak layan aku. Apabila ingin berbual dengannya, gadis itu hanya buat tidak tahu sahaja. Seolah-olah dia sedang berusaha untuk menjauhkan dirinya dariku. Kerana itulah hari ini aku sebenarnya bercadang ingin menggunakan si kembar untuk menarik perhatiannya namun si gadis merah menolaknya mentah-mentah. Katanya dia mempunyai urusan keluarga yg perlu dihadiri.

Berbeza dengan rakan-rakan kami, Adam akhirnya tersangkut dengan si gadis purple. Aku serious ni, Rina yg confess dekat Adam dulu. Darkrose are bold, noted. Dan rupanya Adam juga sebenarnya sudah mula menyukai si gadis. So, one shot for them. Happy and all. Disebabkan keterbukaan Rina dan Adam, terbongkarlah pula bahawa Danny dan Fifi turut sudah menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan kami semua. Tawa kecilku terlepas saat teringat kembali kejadian tersebut yg kecoh beberapa minggu lepas.

"Kau yg confess?!" Fifi menyoal tidak percaya.

Adam tergelak. "Kau tak payah lah nak terkejut sangat." lelaki itu menyampuk di sebelah Rina.

"Tulah, over lah kau ni." si gadis ungu menjulingkan matanya ke atas. Saat ini kami semua sedang duduk di atas kerusi membentuk bulatan berhampiran dengan mejaku dan juga Aryana.

"So korang dah official lah ni?" Fifi menyoal lagi.

"Yes man!" Rina membalas nyaring sebelum ketawa. Seperti biasa, keadaan kelas kami sunyi pada waktu rehat dan hanya suara riuh Knightz dan Darkrose sahaja yg kedengaran pada saat ini.

"Oh yeahhh, welcome to the couple club bro!"

Serentak yg lain terkaku, dan merenung Danny yg baru sahaja menempik sebentar tadi. Namun lelaki itu hanyut dalam melakukan tarian kecilnya di sisi Fifi. Bahkan Fifi sendiri hilang kata memandang lelaki itu.

"Danny?" Areyz memanggil.

Masih menari, matanya bertemu pandang dengan kami semua satu persatu. "Weh jap, apasal muka korang semua nampak terkejut ni?" tariannya serta-merta berhenti dengan kini wajah yg sudah berkerut memerhati reaksi kami semua.

"Danny.." Fifi mengetap gigi.

Saat ini lelaki itu mula kelihatan tertekan. "Apa benda korang ni?" tangannya naik ke udara menyoal penuh perasaan.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now