Ary's POV :
Fail yg masih banyak bertimbun di tepi meja kerjaku aku capai salah satu daripadanya. Lagi. Sejak empat jam yg lalu hanya itu yg dilakukanku. Meneliti setiap kandungan fail yg ada. Meneliti masalah kekurangan barang jualanku, setiap maklumat dari base yg dihantar kepadaku setiap minggu dan juga penghantaran barang yg perlu dilakukan dengan kadar segera begitu juga dengan hasil yg diperolehi setiap bulan. Kacamata bulat besarku yg terlorot jatuh ke hidung aku tolak semula ke atas seraya membaca segala maklumat yg diberikan oleh pemimpin base di Pahang mengenai operasi Darkrose di sana.
Perhatianku terganggu saat pintu pejabatku diketuk perlahan lalu dibuka oleh seseorang.
"Ary?"
Mataku naik memandang wajah si gadis pink. "Kenapa?"
"Ku Aryan datang." gadis itu menjawab dengan sebelah tangannya yg masih memegang tombol pintu pejabatku.
"Aryan?" wajahku berkerut hampir serta-merta. "Dia nak apa?"
"Dia cuma cakap yg dia nak jumpa kau."
"Sekarang dia dekat mana?" kacamata bulatku ditanggal lalu diletakkan di tepi laptop milikku yg sedang terpasang.
"Oh-uh," kepala merah jambunya yg terjengul masuk ke dalam pejabatku kembali dibawa keluar memandang ke sisi kanannya. "Err..dekat sebelah aku?" matanya kembali bertembung denganku.
"Suruh dia masuk."
Gadis itu terus mengangguk sebelum bersuara kepada Aryan di sebelahnya yg aku masih tak nampak kerana berada di balik dinding.
"Awak boleh masuk sekarang. Wanna something to drink? Kopi? Tea?"
"Nah, I'm good, thank you." suara garau lelaki itu membalas mesra.
"Ok."
Beberapa saat selepasnya lelaki itu akhirnya melangkah masuk manakala Fifi pula terus menutup pintu di hadapannya dengan senyuman manis terukir buatku.
"Nak apa?" tidak bernada aku menyoal Aryan tanpa mempelawanya duduk.
"May I have a seat first?" Aryan menyoal seraya menggerakkan tangannya ke arah dua buah kerusi yg terletak di hadapan meja kerjaku.
Keinginan untuk menggerakkan bebola mataku ke atas aku tahan. "Sure."
Lelaki itu mengangguk singkat sebelum melabuhkan duduknya di hadapanku, mengambil masa dalam menyelesakan dirinya sendiri. "Abang ada benda nak cakap sikit dengan Ary," tetap juga dapat aku tangkap nada gelisahnya di situ. "Relax ok, I'm just going to go straight to my point as to why I'm here." 'relax' yg dikatakannya seolah-olah lebih buat dirinya sendiri. Kerana saat ini dia benar-benar kelihatan gelisah di hadapanku.
Meskipun berasa sedikit pelik, aku hanya mengangguk tanda mendengar dan mengisyaratkannya agar meneruskan ayat.
"Abang nak bercakap pasal kesihatan Ary. Kalau boleh abang nak Ary ikut abang, kita pergi Japan."
What the actual f?
"What for?" aku menyoal dengan wajah yg sudah berkerut.
Kali ini nafas beratnya terlepas. Lelaki itu tiba-tiba termenung jauh. Beberapa saat begitu, baraku mulai hidup.
"Aryan?"
Matanya kembali naik bertemu denganku.
"Abang..er, abang nak Ary buat treatment macam dulu."
"Why?" aku menyoalnya serius.
"Ary perlukan rawatan tu." dia membalas perlahan, kelihatan teragak-agak.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Misterio / SuspensoWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...