40 | Better Than That

155 18 0
                                    

Rayyan's POV :

Wajahku diraup beberapa kali dengan keluhan perlahan yg terlepas. Tidak mampu dinafikan bahawa berpasangan dengan Aryana kadang-kala membuatku tertekan dengan sikapnya. Gadis itu terlalu dingin, mampu berubah dalam sekelip mata dan susah untuk ditebak apa yg bermain di dalam fikirannya.

"Ray, sorry eh.. semalam hari dia tak berapa nak okay." Rina yg meminta maaf bagi pihaknya. Selalunya begitu.

"Apa masalah dia hah? Aku tak faham lah. Kalau ada masalah, share dengan aku. Bukannya buat tak tahu macam tu je!"

Aku keluar selepasnya. Berakhir dekat sini, Taman Bunga sekolah. Aku sayang dia. Sayang sangat-sangat. Tapi aku sendiri pun kurang pasti apa sebenarnya perasaan dia dekat aku. Like I said, she's cold.

"Rayyan? Awak buat apa dekat sini?"

Aku tersentak lantas menoleh, lalu mengeluh lebih kuat. Bukan dia yg aku harapkan datang cari aku.

"Macam mana kau boleh datang sini pulak?"

Zara tersenyum lebar. Perlahan langkahnya dibawa mendekatiku yg sedang duduk di atas salah sebuah bangku yg tersedia di situ. "Saya nampak awak masuk kawasan ni tadi, sebab tu saya masuk jugak. Awak keluar kelas tadi pun nampak macam tengah marah je. Kelas awak takde cikgu ke?"

Banyak cakap pulak minah ni. "Kau sibuk tanya aku. Kau tu? Kelas kau takde cikgu?" bicaraku keluar lebih kasar dari yg sepatutnya namun gadis itu masih mampu tersenyum lebar memandangku.

"Cikgu saya ada mesyuarat harini. Jadi dia tak masuk kelas." dia membalas terlebih ceria pula sebelum mengambil tempat di sebelahku.

Aku terus menoleh memandangnya yg terlalu rapat di sebelah.

"Kau nak apa sebenarnya ni? Aku takde mood sekarang, baik kau blah."

"Saya nampak awak macam stress je baby. Awak ada masalah ke?"

Sudah..dah mula dah dia punya baby sayang ni. Kedudukan aku dan dia terus dijarakkan sedikit.

"Kau tak payah nak menyibuk lah." masih kasar balasanku seiring dengan kerutan di wajahku yg bertambah.

Namun seolah-olah tak punya perasaan, gadis itu masih lagi tersenyum manis ke arahku. "It's okay, awak cerita je apa-apa dengan saya. Saya sudi dengar masalah awak." tangannya mula bergerak memaut lenganku.

Sungguh aku ingin menolak namun dalam pada masa yg sama, saat ini, aku benar-benar memerlukan seseorang yg benar-benar sudi mendengar luahan hatiku. Aku tak tahu kenapa mudah sangat aku menyerah. Aku benar-benar mengharapkan Aryana yg datang untuk memujuk namun lain pula yg datang untuk menemaniku. Benar seperti tekaanku selama ini, gadis itu tidak pernah peduli.

"Cerita je dekat saya. Apa masalah awak?"

Keluhan perlahan aku lepaskan. Entah apa yg difikirkan saat itu hinggakan aku mula membuka cerita mengenai si gadis kesayanganku kepada Zara. Gadis yg aku ketahui, terlalu membenci kewujudan si gadis merah.

"Aryana." nama cantiknya akhirnya meluncur keluar dari bibirku. Wajah Zara serta-merta berubah saat mendengar nama si gadis merah namun aku terlalu tenggelam dalam perasaanku sendiri untuk mengambil berat tentang hal tersebut.

Zara tersenyum hambar. "Ary? Kenapa dengan dia?" tubuhnya kembali dirapatkan ke arahku.

"Aku rasa..dia memang tak cintakan aku lah."

"Kenapa awak rasa macam tu?"

"Selama kitaorang bercinta, Ary selalu layan aku acuh tak acuh. Tak pernah sekali pun dia tunjuk dekat aku yg dia betul-betul sukakan aku. Aku tak faham apa yg dia nak sebenarnya. Dia..selalu buat aku rasa jauh dengan dia." kepalaku jatuh menunduk saat teringatkan kembali akan sikap si gadis.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now