Ary's POV :
Pinggan spageti yang sudah dijamah separuh aku tolak sedikit ke hadapan saat sudah hilang selera untuk makan.
Perbuatanku itu rupanya menarik perhatian Fifi di sebelah.
Sebelah keningnya terjongket naik memandangku penuh tanda tanya.
"Kenapa tak habis?"
Rina yang sedang menikmati muffin coklat turut memandangku.
"Dah kenyang."
Aku membalas ringkas sebelum menghabiskan air milo yang hanya berbaki sedikit di dalam gelasku.
Suasana di Cafe agak bising dengan suara pelajar yang sedang berkumpul dan berbual rancak sesama mereka.
Mataku memerhati setiap satu pelajar-pelajar RGH yang melalui kawasan mejaku dengan renungan tajam. Masing-masing berjalan kaku tanpa sedikitpun mengangkat wajah.
Dan di kiri, aku perasan kehadiran Quinns yang baru sahaja melabuhkan duduk di salah sebuah meja tidak jauh dari kami.
Empat pasang mata gadis di sana sedang tajam merenung aku dan dua lagi rakan baikku.
"Kau rasa kenapa Nia taknak makan?"
Suara Fifi yang tiba-tiba menyoal menarik perhatianku.
"Kan, dia jarang tak makan waktu rehat kecuali kalau dia sakit."
Rina menyampuk bersetuju meskipun mulut gadis itu agak penuh.
"Dia breakdown lagi ke?"
Dia menyoal lagi sebelum menggigit sosej pula kali ini.
"Nah, I'm sure she's doing just fine."
Ingatanku tiba-tiba melayang kepada sesuatu.
"I fucking care about you!"
Aku sebenarnya masih tak percaya yang aku keluarkan ayat tu dekat dia tak kira berapa kali pun aku fikirkan pasal benda tu.
It's a little bit...embarrassing.
Yep. I literally just spat out the word 'care' for once. Even worse, I said it in anger.
"Yeah, okay."
Rina membalas selamba sebelum kembali menikmati makanan di hadapan.
Aku menggeleng perlahan melihat tingkah laku gadis itu yang terlalu asyik dengan semua makanannya.
Fifi mencuitku.
"So, dia dah cakap ke dia nak buat apa dengan Ben?"
"Tak pasti."
Aku menghela nafas berat.
"Alex pun takde cakap apa-apa lagi pasal benda tu."
Fifi terangguk-angguk sendiri.
Suasana yang kembali sunyi antara kami bertiga membuatkan ingatanku sekali lagi melayang ke tempat lain.
"Do you like it?"
Aku tersentak.
Mataku dikerdipkan beberapa kali memproses soalan lelaki di sebelah sebelum kepalaku segera dibawa lurus, kembali memandang ke hadapan.
"No, I don't."
Lelaki itu tiba-tiba mengeluh perlahan sebelum menoleh.
"I thought you'd like it."
Matanya kembali jatuh merenung lukisan di atas meja.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
