Ary's POV :
Aku tersedar pada pagi itu kerana terasa sejuk. Tubuhku bahkan menggigil kerana suhu penghawa dingin yg terpasang mungkin terlalu tinggi. Setiap urat sendi dan anggota tubuhku mula terasa sengal dan ngilu. Pergerakan kecil di sebelah serta-merta menarik perhatianku.
Nia.
Turun dari katil, langkahku terus diatur ke arah bilik pakaianku untuk mencapai tuala mandi. Melangkah masuk ke dalam bilik air, aku teringat kejadian semalam. Botol-botol ubat yg bertaburan di atas lantai kini sudah kembali tersusun rapi di dalam kabinet di bawah sinki seperti sediakala. Pantulan wajahku sendiri di hadapan cermin kini aku renung lama. Bawah mataku sudah mula jelas kelihatan lingkaran hitam dengan bibir yg kelihatan merekah kekeringan. Rambutku kusut masai dan serabai. Tunduk memandang tangan kananku, kesan merah pada kawasan buku limaku menyapa. Aku ingat yg aku serang Alex semalam. Mereka semua melihatku. Keadaanku yg tidak stabil semalam...
pastinya yg lain sudah tahu apa penyebabnya. Hakikat bahawa aku adalah seorang bekas penagih dadah.
Mengeluh berat, pakaian di tubuhku mula ditanggal satu persatu sebelum melangkah masuk ke dalam shower untuk membersihkan diriku yg tidak dinafikan berbau menjijikkan.
Hampir setengah jam selepasnya aku keluar, Nia sudahpun duduk termenung di atas katil dengan kakinya tergantung ke bawah. Matanya serta-merta bertemu denganku sebaik sahaja pintu bilik mandi terbuka.
"How do you feel?" dia menyoal perlahan, penuh berhati-hati.
Senyuman nipis aku ukir. "Better."
"Get dressed with training outfit, yeah?"
Wajahku berkerut. "Kenapa?"
Dia tersenyum kecil. "Alex nak jogging pagi ni."
"It's five in the morning." aku memberitahunya, bimbang dia tidak sedar akan hal tersebut.
Senyumannya melebar hampir serta-merta.
"Better."
° ° °
Hampir dua jam setengah selepasnya, nafasku sudah dihembus keluar dari bibirku dalam keadaan yg tercungap-cungap. Kedua-dua tanganku jatuh ke lutut cuba mencari nafas buat paru-paruku yg rasa terbakar kerana hanya berlari sejak tadi. Tidak terlalu lama sebelum yg lain turut mengikut di belakangku dan berkumpul di sekelilingku menghadap jurang yg separa tinggi di hadapan kami. Satu-satunya jurang yg berada di kawasan hutan tempat villa Darkrose terletak memandangkan ianya berdekatan dengan pantai. Jauh di bawahnya adalah air laut yg sedang berombak ganas menghempas ke dinding.
Alex betul-betul buat kitaorang berpeluh pagi ni. Dari keadaan gelap gelita hinggalah sekarang ini matahari sudah naik menyebarkan sinarnya dari ufuk timur, barulah kami berhenti. Kawasan hutan Darkrose ini menjadi trek lumbaan buat kami semua selepas joging ringan sebagai pemanasan. Kami sempat berbincang sebentar mengenai langkah Evil Rings yg seterusnya saat memanaskan badan.
Keinginan aku?
Sudah lama hilang, diganti dengan kelelahan. Saat berlari tadi mataku gelap secara tiba-tiba namun hanya buat sebentar cuma. Jauh di sudut hati, aku bersyukur dengan cara Alex yg satu ini. Bersyukur kerana rasa ketagihanku tidak mengambil alih terlalu lama.
"Ricorda i tuoi errori quàndo sèi fàtto. Vuòi ripeterlo?" (Remember your mistakes when you're high. You want to repeat it?)
Ayatnya semalam bergema di telingaku berulang kali. Menyedarkanku dan menahanku dari apa jua yg aku ingin lakukan semalam.
Nafas dalam aku tarik dan hembus keluar beberapa kali seperti yg lain. Bunyi laut ganas yg menghempas dinding masih kedengaran di telingaku dengan rentak sekata. Sejujurnya ia sangat menenangkan.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Gizem / GerilimWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...