22 | Weak And Coward

194 25 0
                                        

"You fucking homme inutile!!" (lelaki tak guna) penumbuk kananku dihayun namun ditepis kasar.

"That's not my fault!" lelaki itu menempik marah.

Bergema bilik tidur yang luas itu dengan suara kasarnya.

Pisau di tangan kiri aku alihkan ke kanan. Gigiku terketap. Aku lihat lelaki itu turut menggenggam erat pisau di tangannya.

"Tu es une merde!" (You are a piece of shit!) aku menengking seraya melayangkan kaki kananku pula ke wajahnya.

Cekap dia menepis namun penamparnya yang tiba-tiba naik tidak berjaya aku elak.

PANG!!

Pergerakan aku dan lelaki itu serentak terhenti.

Mataku berpinar.

Namun aku mendongak, merenungnya tajam yang hanya berjarak satu depa dewasa dariku

Aku mengepal penumbuk saat lelaki itu membawa pisau belati milikku ke hadapan wajahnya, tanda siap untuk menerima serangan.

"You should stop, chérie." tidak teratur nafasnya saat menuturkan ayat tersebut.

Chérie? Who the fuck is his chérie?

Aku memerhati pergerakan dada lelaki itu yang kelihatan laju turun dan naik mencari oksigen, nafasnya kedengaran tercungap-cungap kerana lelah memberi dan menahan serangan sejak tadi.

Mata kelabunya tidak lepas merenung mataku yang aku sangat pasti sedang membengkak teruk saat ini kerana terlalu banyak menangis.

Dan semua itu berlaku adalah kerana salahnya. Kerana bicara lelaki itu yang kasar dan sangat menyakitkan.

She almost died! I almost fucking lost her!

Hanya mengingatkan itu sahaja, amarah yang selama ini hanya mampu disimpan mula terasa membakar ingin dilepaskan keluar.

"I won't fucking stop until I make you feel the exact same thing." nadaku bergetar, namun senyuman sinisku terukir perlahan-lahan.

Tidak membuang masa, aku menghayun laju pisau di tangan.

Sasaranku adalah dada kirinya.

Laju sahaja lelaki itu mengelak namun aku segera mengunci rapat kakinya, membuatkan lelaki itu hilang imbangan lalu terjatuh.

Young Blooded MafiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang