34 | Who's Hunter?

213 31 0
                                    

Warning : The starter for this chapter is a little bit heavy related to drug use. You can skip though, read at your own risk.

"Boss! Boss, please! Don't take that!"

Suara jeritan Alex tidak sedikitpun aku hiraukan saat melangkah masuk ke dalam bilikku. Semua barangan yg berada di atas meja kecilku di tengah-tengah ruangan bilik terus ditolak kasar jatuh ke lantai, kini menggantikannya dengan bahan-bahan penenangku. Dudukku dilabuhkan di atas sofa sebelum dua beg plastik kecil berisi serbuk berwarna putih aku koyak rakus, sebelum memisahkannya menjadi beberapa barisan singkat. Darah kering yg masih melekat di tanganku langsung tidak dihiraukan. Apa yg dipedulikan saat ini hanyalah aku benar-benar memerlukan bahan penenang ini di dalam sistem tubuhku.

"Boss!" serentak dengan teriakan Alex yg merempuh masuk, si bayi kecil yg tidur di atas katilku tiba-tiba menangis kuat kerana terkejut.

Tindakanku yg baru sahaja ingin menyedut bahan di hadapan serta-merta terhenti, lantas aku berpaling. Alex juga begitu, berpaling ke arah yg sama.

"Boss.." lelaki itu memanggilku, sebelum meluru masuk mengangkat bayi tersebut ke dalam dukungannya.

"Take her outside." aku memberi arahan. Fokusku kembali kepada aktivitiku yg tergantung sebentar tadi.

"Boss, please stop. This is not- "

"Kalau kau taknak mati dengan cara sama macam diaorang semua tu tadi, lebih baik kau diam. Kau boleh berambus sekarang." aku tak tahu langsung apa yg aku cakap tapi apa yg aku rasa sekarang ni, aku nak bunuh semua orang. Sesiapa je, aku nak lepaskan amarah aku. Aku cuma nak hilangkan sakit ni. Sekejap je..

Mengambil straw panjang yg kini sudahpun dipotong pendek, aku bawa hidungku dekat kepada salah satu garisan yg berada di atas meja lalu menyedutnya melalui penyedut minuman tersebut masuk terus ke dalam rongga hidungku. Tidak sampai sesaat, terasa seolah-olah sesuatu yg kuat disuntik masuk ke dalam urat sarafku. Mataku yg sedikit berair kini sudah dipejamkan rapat saat kenikmatannya bertindak balas dengan begitu cepat. Garisan yg kedua aku sedut, kali ini disambung terus dengan yg ketiga. Mulutku terbuka sedikit saat sensasinya berganda. Aku terbang tinggi. Entah bila Alex keluar aku tidak pasti namun saat aku kembali membuka mata, bumi sudah tidak lagi stabil. Persekitaranku berpusing, bergerak dalam lingkaran tanpa henti dan membuatkan degupan jantungku berdetak lebih laju dari kebiasaannya. Organ tersebut mengepam darah kotorku dengan lebih laju.

I felt alive.

Tidak ingin kenikmatan yg tidak asing tersebut hilang dan digantikan dengan kesakitan realiti, dua lagi barisan terakhir di atas meja aku sedut rakus tanpa menggunakan straw yg sudahpun terlepas dari tanganku entah ke mana. Tompok putih yg sudahpun melekat di hidungku tidak sedikitpun dipedulikan sebaliknya bibirku mengukir senyuman puas. Nafasku kali ini kedengaran lebih kasar, lebih liar, hampir tidak terkawal. Jantungku seolah-olah pada bila-bila masa sahaja bakal menembus keluar dari dadaku.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now