Ary's POV :
"BOSS!"
Terhinjut bahuku saat suara nyaring seorang gadis tiba-tiba memekik di tengah ruangan orang yang ramai saat ini.
Ada yang sedang ke sana dan ke mari dalam keadaan tergesa-gesa. Ada juga yang kelihatan bersahaja dengan luggage mereka yang diheret bersama.
Akhirnya kami tiba di Malaysia.
Aku berpaling ke arah datangnya suara yang memanggil sebentar tadi.
Nana sedang melambai-lambai di ruangan menunggu bersama Jack di sebelahnya.
"Boss, sini!" gadis itu masih melambai-lambai teruja.
Aku perasan Luth yang sudah menggeleng perlahan. Wajah jengkelnya terpamer saat menoleh memandangku.
"Saya tahu lah dia rindu boss tapi tak payah lah sampai macam tu sekali kan, boss?"
Aku hanya tersenyum manakala Fifi ketawa.
"Yelah, dia kan ditinggalkan dekat sini dengan yang lain. Aku syak otak dia sakit teruk duduk dengan tiga orang jebon dekat rumah tu."
Luth terus berpura-pura terkejut memandang Fifi dengan mata membulat.
"Kau panggil diorangjebon?"
Lelaki itu mengukir senyuman senget.
"Jack mesti marah kalau dia tahu. Aku cakap dekat Jack nanti, siap lah kau!" dia ketawa jahat.
"Diam lah, you sadist disgusting ugly creature!"
Fifi merepek dengan nada kasar.
Mata Luth kembali membesar, kali ini benar-benar terkejut.
"What the fuck that was supposed to mean huh?!" wajahnya berkerut.
"Kau cakap aku," jari telunjuknya naik menunjuk diri sendiri. "disgusting, ugly creature?"
Giliran Rina dan Nia pula yang ketawa terbahak-bahak.
Fifi memang ada habit 'menyumpah' orang tiba-tiba dalam English macam tu bila dia geram.
"Yes and I hate you." selamba Fifi membalas dengan jelingan tajam.
"I am three years older than you, you know."
"So what?"
Gadis itu mengibas rambut di bahunya ke belakang, mengenai tepat ke wajah Luth.
"I still hate you."
Langkahnya dilajukan ke arah Nana dan Jack yang sedang menunggu, sekaligus menghiraukan wajah cemberut milik Luth.
Salah dia.
Luth sejenis yang suka cari pasal dengan semua orang. Cuma dua, dia menang atau Darkrose yang menang.
That's it.
Aku menoleh ke arah Raiz yang berjalan rapat di sebelah kananku. Lelaki itu nampak terhibur memerhatikan kerenah rakan-rakannya.
Bertembung mata denganku, senyumannya melebar.
Yup. Aku dah selesaikan semuanya.
Aku dah bercakap dengan Raiz dan aku dah selesaikan semua masalah aku dekat sana dalam masa tiga hari yang tinggal sebelum akhirnya kami semua bertolak balik ke Malaysia.
Dalam diam, mentalku mula menyiapkan diri dengan kenyataan bahawa selepas ini aku perlu ke rumah kedua orang tuaku.
Namun segala tanggapanku segera dibawa pergi sebaik sahaja tubuhku dibawa ke dalam satu pelukan kejap.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
