Ary's POV :
Aku tak suka benda ni.
Aku tak suka terlibat dalam perbualan macam ni.
Aku penat tolak semua benda yang ganggu hidup aku tanpa henti.
Aku taknak amarah aku mengambil alih lagi.
Syaitan yang menghuni jiwaku benar-benar menyukainya. Dia memuja apabila aku hilang kawalan. Dia mengisi ketagihannya dengan darah mereka yang mengalir keranaku. Dia menyuap rasa nikmat dan keseronokan tersebut jauh ke dalam jiwa dan jantungku.
Tertanam di situ, seolah-olah menjadikan aku boneka abadinya.
Mataku yang terpejam rapat perlahan aku buka, bertembung dengan sepasang lagi mata yang persis sepertiku.
Wajah lelaki itu kelihatan merah kerana menahan marah. Wajah yang selalunya berpotensi dalam membuatkan aku hilang kawalan.
"Kenapa Ary buat macam tu?!"
Nadanya tinggi saat menyoal.
Riak lelaki itu kelihatan tegang sehingga urat-urat di dahinya turut timbul.
Mata hazelnya tajam dan lurus merenung hanya ke satu arah.
Aku.
"Answer me, Aryana." keras suara lelaki itu memberi arahan.
Dapat aku rasakan cebisan bara api yang mulai hidup.
Seperti kebiasaannya, cebisan kecil itu kelihatan sangat cantik dan lembut dalam setiap gerakan.
But beautiful sparkles only last in the beginning.
Aku berpeluk tubuh, menetang renungannya.
"Apa yang Ary dah buat?"
Aku menyoal, tidak beremosi dan tidak berniat untuk berganjak.
"Don't act like you don't know, okay? Uncle Malik bagitahu papa yang Ary buat masalah lagi dekat RGH. Why is it so hard for you to behave? Papa dah tak larat nak hadap parents pelajar lain, Ary faham tak?"
Tengku Ariffin Shah.
My biological father.
The man who caused all the pain I'm living with now. And unfortunately, I inherited more from him than I ever wanted to. Hell, I even changed my hair colour because of him.
His blackish-gray hair, his hazel-brown eyes, even the face that unmistakably resembles his.
Almost everything about my appearance came from him.
The only thing Mrs. Liyana managed to pass down to me was her personality.
"Ary dengar tak apa yang papa cakap ni?"
Suara lelaki itu tidak lagi kedengaran keras seperti awal tadi.
Matanya merenung lama wajahku dengan riak kecewa.
Aku menghela nafas berat. Otak kembali memainkan kata-kata lelaki itu kepadaku.
"Kalau papa datang sini semata-mata nak ceramah Ary, you better go home. I don't want to hear anything from you right now. I don't need it."
Kurang ajar? Yeah, say whatever you want. I don't give a damn.
"Don't be rude, Aryana. I'm your father. Show some respect."
Tanpa sedar, aku tersenyum sinis.
Respect?
Bara awal tadi tidak hanya kekal sebagai bara yang kecil apabila minyak kemarahan dilempar padanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mystère / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
