80 | Eyes Of The Devil

36 8 2
                                    

Di dalam satu bilik ruangan yg luas, terkumpulnya anak-anak buah para mafia yg sedang berada di dewan perbicaraan saat ini.

Empat jam berlalu, masih tiada kata putus dari High Council.

Meskipun mereka di ruangan yg berbeza, tidak mampu dinafikan perasaan masing-masing yg gementar dengan suasana tegang di dewan perbicaraan tersebut.

Kesalahan si gadis merah sudahpun dibicarakan satu persatu. Keterangan dari si lelaki bermata biru juga sudah diambil. Saksi dan cadangan para mafia lain juga sudah dikumpul bersama.

"Now, we're open for any objections." suara lantang yg dari tadi tidak mereka tahu siapa gerangannya kedengaran lagi.

Ketua yg dikenali sebagai Mizuki, dari Jepun serta-merta mengangkat tangan.

"Japan alliance kita." suara Rina perlahan menjawab Adam yg menyoal.

Knightz sudah terangguk-angguk mengerti. Rayyan masih tidak dapat menepis perasaan kagumnya saat melihat Ary.

Dari awal perbicaraan hingga kini, si gadis merah kesayangannya masih kelihatan tenang.

Tidak sedikitpun dia melatah.

Rayyan melirik sekilas beberapa wanita yg dari tadi dia perasan memandangnya. Mereka terlihat seolah-olah tidak peduli andai ada yg memerhati tindakan mereka saat ini.

Tanpa sedar, Fifi juga perasan perkara yg sama. Kerana bukan hanya Rayyan yg diperhatikan tika itu.

Danny juga.

Nia dan Rina pula sedang melayan beberapa rakan mereka berbual. Dia tersentak saat terasa bahunya dicuit seseorang.

Berpaling, wajah penuh ingin tahu milik si buah hati menyapa.

"Many of them can speak Malay?"

Wajah si gadis pink berkerut sedikit seolah-olah sedang berfikir.

"I guess so. They're dealing with many mafia alliances from many different countries and different languages. They should have at least the basic when talking to other Capos."

"Oh." Danny sudah terangguk-angguk.

"Interesting." Areyz turut terangguk-angguk dengan senyuman saat matanya terpaku pada susuk tubuh teman wanitanya yg sedang rancak berbual dengan seorang wanita.

"Habistu korang?" Adam pula menyoal.

"Macam yg Fifi cakap, basic." Rina pula yg menjawab. "Tapi selalunya Ary dengan Alex yg handle. Kalau awak ada soalan pasal language diaorang, tanya Ary atau Alex."

Knightz terangguk-angguk lagi. Perbualan mereka terganggu dengan Luth yg tiba-tiba menepuk bahu Nia beberapa kali.

Areyz yg melihat terus merenung dalam mata Nia membuatkan gadis itu serba salah. Laju sahaja dia berpaling memandang Luth di belakang.

"Kenapa?"

"Lama lagi ke? Aku dah tak tahan ni."

"Apa dia yg kau tak tahan gila?"

"Eh bangang, aku ni nak berak."

"Dah tu pergi jelah."

"Aku tahan dari tadi lagi kau tahu apa! Dah, siapa nak berak jom ikut aku." lelaki itu terus bangun berdiri dengan dengusan kasar.

Rayyan yg mendengar turut berdiri. Kemudian Raiz.

Fifi berpaling memandang Jack yg masih fokus pada skrin di hadapannya. Nampaknya perbicaraan mafia itu sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Finally.

"Jack." dia memanggil.

Lelaki itu berpaling dengan kening yg diangkat tanda menyoal apa.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now