59 | Wings

172 29 4
                                    

3rd POV :

"Macam mana, Ed? Kau dapat detect tak location dia?" Alex menyoal risau.

Lelaki berkacukan Cina itu kelihatan sangat tidak tentu arah. Sama seperti lainnya yg sedang berkumpul di hadapan laptop Eddy saat ini.

"So sorry to say this guys..but I can't. Signal dia makin lemah lepas isyarat dari telefon tu hilang."

"Macam mana dengan tracker dalam kereta dia? Rantai Darkrose yg dia pakai? Anything, Ed." Nia menyampuk kelihatan tertekan.

"I've tried. Turns out, area hujung bandar tu memang line slow, susah nak dapat." Eddy menerangkan penuh berhati-hati seraya menaip lagi sesuatu pada kekunci komputer riba di hadapannya. "Kalau dapat pun, location dia takkan tepat."

Alex sudah meraup perlahan wajahnya, turut tertekan. Perasaan tenangnya tidak akan hadir andai dia masih tidak mendengar sebarang khabar dari sang ketua. Apa lagi yg perlu dilakukan oleh mereka semua saat ini.

Dia berfikir keras. Sudah hampir dua jam berlalu sejak Nia dan Rina pulang dengan berita Evil Rings menyerang butik Ku Yana dan sejak itu jugalah mereka semua berkumpul bersama.

Kali ini segalanya hanya mampu diserahkan kepada Eddy.

"Cuba kau track Fifi punya. Mungkin dia pun dengan Ary." Rina turut menyampuk, masih berusaha mencari jalan keluar daripada kebuntuan mereka semua.

"Aku dah try, tetap tak boleh." Eddy masih menaip. "Ada sembilan gudang terbiar dekat hujung bandar and aku dah cuba kurangkan bilangan dia mengikut semua possibilities yg ada. Tracker kereta Fifi tunjuk dekat sini, last stop dia berdekatan dengan empat warehouse. Kita boleh start dari sana?" kepalanya menoleh sekilas ke arah rakan-rakannya yg lain meminta pendapat.

"Empat gudang tu memang dah lama takde orang?" Luth menyoal seraya mengetuk-ngetuk perlahan cengkerang Pillo yg sedang bersantai di atas meja.

"Yes."

"Tak boleh macam ni," Alex menggeleng perlahan. "Dah lama sangat kita duduk tak dengar khabar dari diaorang berdua. Macam mana kalau jadi apa-apa?"

Mereka semua terdiam.

Masing-masing tidak tahu ingin menjawab apa atau berfikir apa. Wajah rakan-rakannya yg lain Alex pandang penuh gelisah.

Pandangannya terhenti pada wajah singa terkuat sang ketua. Wajahnya tampak serius.

Dan akhirnya dia terfikirkan sesuatu.

"Nia,"

Gadis itu terus berpaling memandangnya. Begitu juga dengan yg lain.

"Ikut aku."

"Kenapa?" Nia pantas menyoal penuh tanda tanya.

"Kita tak boleh terus tunggu. Blake dengan parents boss kena tahu pasal benda ni." langkahnya terus diatur keluar dari bilik komunikasi milik Fifi dan juga Eddy tersebut diikuti dengan Nia di belakangnya.

Sempat si gadis tinggi lampai itu menepuk lembut bahu Rina, tanda melepaskan kuasanya pada gadis itu pula.

"You're in charge." sebaris ayat dia tuturkan sebelum menghilang ke luar bilik.

° ° °

"Thanks to you, Arlyssa. You made my job a lot more easier. Coming here, alone?" Rudy ketawa sinis dengan gelengan perlahan. "What others said were true back then. Darkrose are crazy."

Langkah lelaki itu mula diatur tenang ke arah meja yg tersedia di belakangnya. Gelas kaca yg berisi minuman keras dicapai lalu diteguk sedikit. Senyuman sinis juga tidak lekang dari bibirnya.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now