Ary's POV :
"Hello, caro." ceria suara yg menyapaku dari hujung talian.
"Ma,"
"Ya, dah on the way kan?"
"Ada orang tak dekat butik mama?"
"Kenapa?"
Kakiku bergerak menekan brek saat sudah tiba di lampu isyarat. Kepalaku menoleh sekilas ke arah kereta Nia di sebelahku.
"Takdelah, Ary takut kitaorang ambik lama sangat masa mama nanti."
"Oh, it's nothing, really. Mama kan ada assistant."
"You sure? Ary dah nak sampai ni."
"Okay! Cepat sikit, mama akan sediakan semua dress terbaik untuk anak-anak perempuan mama pilih nanti."
"Okay, see you soon."
Talian kami terus dimatikan.
"Mama kau cakap apa?" Rina menyoal melalui mini walkie talkie kami memandangkan aku memberitahu mereka semua bahawa aku ingin menghubungi mama.
"Dia pulak yg tak sabar nak pilih baju untuk kita." aku membalas ringkas seraya menekan pedal minyak sebaik sahaja lampu isyarat merah sudah berubah hijau.
Esok adalah harinya parti hari lahir Jibrail berlangsung. Hari yg bagus sebenarnya kerana esok adalah hari cuti hujung minggu. Dalam tempoh hari-hari yg lepas juga kami sudahpun bersedia dengan lebih banyak latihan dan persiapan rancangan untuk ke tempat Ghost dan juga Black Swan. Ya, kepakaran Eddy dan Fifi begitu juga dengan pengintipan Nana dan Raiz, kami semua berjaya menjejaki kedudukan tempat kedua-dua kumpulan itu bertapak. Luth sudah menunjukkkan sedikit demi sedikit peningkatan dari kakinya yg cedera dari hari ke hari dengan bantuan Fadh dan juga Jack. Alex lebih banyak di pejabat bersamaku. Lebih fokus kepada perancangan dan penelitian kami terhadap pembahagian kumpulan nanti. Kami akan menyerang kedua-duanya secara serentak. Pada malam esok sebelum ke tempat Jibrail, aku akan mengadakan mesyuarat terakhir Darkrose bersama-sama untuk menerima segala pendapat terakhir yg lain dalam memastikan posisi masing-masing benar dan juga andai masih ada sebarang pertanyaan.
Hari-hari bersama Knightz di sekolah, aku perasan empat lelaki itu kini seolah-olah sedang berusaha untuk menjarakkan diri masing-masing dari Quinns. Semakin hari semakin ketara. Tekanan dari guru-guru di RGH mengenai hari peperiksaan besar yg semakin hampir nampaknya membantu mereka, dan Darkrose. Well, hati aku pun takdelah sakit mana kalau tak tengok drama terlebih gula diaorang semua. Namun adakalanya juga aku perasan reaksi Rayyan yg akan berubah cemas secara tiba-tiba andai Zara mula berbisik sesuatu kepadanya dengan mata yg tajam merenungku. Seolah-olah gadis itu sedang mengugutnya tentang sesuatu. Tentang apa aku juga kurang pasti tetapi gayanya memang begitu.
Memarkirkan kenderaanku di hadapan butik pakaian mama, enjin kenderaanku terus dimatikan sebelum melangkah keluar. Kenderaan Nia dan Fifi kedua-duanya diparkir di sisi kenderaanku. Rina di sebelah Nia.
Aku bergaya ringkas. Jeans denim dengan koyakan halus di lutut dipadankan dengan t-shirt putih dan jaket denim di luarnya. Rambut merahku juga diikat ringkas gaya ekor kuda dipadankan dengan cermin mata hitam manakala Beretta kesukaanku seperti biasa terselit di pinggang bahagian belakang tubuhku.
"Kau nak pakai warna apa, Nia?" Rina menyoal saat dia sudah berjalan bergandingan dengan gadis itu di hadapanku dan juga Fifi.
"Ikut lah, yg mana berkenan aku ambik." bahunya terangkat sedikit tanda tidak kisah. "Kau?"
"Hah macam kau tak kenal aku," si gadis ungu itu tergelak sinis.
Berhenti di hadapan pintu kaca butik tersebut, locengnya di dinding Rina tekan. Tidak cukup sekali dia gandakan menjadi empat. Aku hanya mampu menggeleng perlahan saat dia menoleh ingin melihat reaksiku dengan sengihan lebar. Lock pintu tersebut sememangnya automatik perlu ditekan dari dalam bagi pengunjung yg ingin masuk. Dan dalam tempoh beberapa saat sahaja, wajah mama dengan senyuman lebarnya sudahpun menyapaku mengisyaratkan bahawa kami semua sudah boleh melangkah masuk.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
