"So, macam mana? Dah tahu budak tu dari mana?" serius nada suara seorang lelaki menyoal orang kanannya.
"Darkrose boss."
Amarah serta-merta menyelubunginya. "Sial betul! Perempuan ni memang suka mencabar orang. Berani betul dia cari pasal lagi dengan aku!"
"Ya boss. Budak-budak ni kerjakan dia sampai lunyai dulu baru dia nak buka mulut. Jadi sekarang boss nak buat apa?"
"Siapkan yg lain. Aku tak peduli perempuan tu dekat mana, aku nak kau cari location dia sampai dapat!" langkahnya terus diatur pergi dari ruang bawah tanah itu dengan penuh perasaan marah.
"Aku akan pastikan kau menyesal kali ni Arlyssa. Kau dah takde alasan nak lari dah. Perempuan sial." penumbuknya terkepal erat di sisi tubuhnya.
**
CLUB FLAMINGO
Ary's POV :
Tiga buah kenderaan berjenama Mercedes-Benz C300 diparkir seiring di kawasan khas berhadapan dengan kelab malam tempat kami semua sering berurusan dengan pelanggan tetap Darkrose. Aku terus melangkah keluar dari kenderaan yg dipanduku begitu juga dengan Alex dan juga Jack yg turut menjadi pemandu buat dua kenderaan yg lain. Harini aku tak bawak kekasih merah aku. Suara muzik yg kuat dari dalam kelab serta-merta menyapa pendengaran kami semua. Ahli-ahli Darkrose yg lain turut melangkah keluar. Kami semua hanya berpakaian ringkas pada malam itu dengan warna pakaian yg melambangkan warna kumpulan Darkrose. Blazer hitam di tubuhku aku perkemaskan begitu juga dengan kedudukan Beretta yg terselit pada waistband jeans yg dipakai.
"Pastikan korang semua duduk dekat dengan aku lepasni." ringkas arahan yg aku berikan sebelum menerima anggukan tanda mengerti dari yg lain.
Sebaik sahaja melangkah masuk, kebanyakan mafia di situ memandang kami semua dengan pandangan tidak senang. Ada yg menunduk, dan ada yg tersenyum. Ada juga yg menghantar senyuman sinis namun hanya wajah beku aku pamerkan buat mereka. Anak-anak buahku turut mengangkat tinggi bahu dan kepala mereka saat berjalan di belakangku. Nia dan Alex pula kekal di kedua-dua sisiku.
"Macam biasa, selain daripada coke ataupun fruit juice, jangan gatal tangan nak sentuh. Faham?"
"Beres boss." Jack pantas menjawab, mewakili yg lain.
Saat melalui kawasan bar, Jack dan Alex berhenti di situ. Eddy dan Fadh bergerak ke lantai tari manakala yg selebihnya mengambil tempat di meja bulat yg dikelilingi sofa mewah berdekatan dengan bilik VVIP tempat aku bakal berurusan selepas ini. Selesai mengambil posisi yg diingini masing-masing, aku terus melangkah masuk ke dalam bilik VVIP tersebut. Senyuman lebar milik lelaki yg berumur dalam lingkungan 40-an menyapa mataku.
"There you are my favourite girl. Never late for the business." tangannya digerakkan ke arah sofa di hadapannya agar aku melabuhkan duduk.
Senyuman ringkas aku hadiahkan buatnya seraya mengambil tempatku. Tiga lagi rakan baikku pula mengambil tempat di belakang sofa yg didudukiku. Masing-masing berdiri tegak dengan wajah serius mereka. Beberapa saat selepasnya, minumanku dihidangkan di atas meja. Menghirup sedikit jus epal di hadapanku, wajah Diego yg kini sudah berubah serius aku pandang.
"Shall we start?"
° ° °
Selesai sahaja urusan perniagaan kami, aku memutuskan untuk bersantai di sini terlebih dahulu. Flamingo adalah tempat dimana kumpulan-kumpulan mafia sering berkumpul bersama namun sesetengahnya juga adalah orang-orang biasa yg sering datang untuk bersuka ria. Namun identiti mafia kami, hanya sesama mafia sahaja yg mengetahuinya termasuklah pemilik kelab malam tersebut. Hanya di sini sahaja kami mampu mengetepikan niat untuk membunuh sesama sendiri.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Misterio / SuspensoWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...