Rayyan's POV :
Mataku dikerdipkan beberapa kali untuk memproses soalan Areyz sebentar tadi.
Di saat mataku bertembung dengan gadis tinggi di hadapan, wajahnya jelas sekali kelihatan meluat memandang aku dan rakan-rakanku.
Diaorang Darkrose?
Secara automatik perbualan kami bersama Quinns sebelum ini kembali bermain di mindaku.
"Senang je nak cam kumpulan Darkrose."
Zara, iaitu ketua Quinns, bersuara tenang.
"Tengok kepala diorang."
"Huh?"
Aku agak keliru.
Kenapa? Kepala diorang ada tumbuh tanduk ke apa?
"Maksudnya?" wajahku berkerut menyoal.
Zara mengeluh perlahan.
"Maksudnya rambut diorang la."
"Red, pink, purple."
Jue, salah seorang ahli Quinns menyampuk.
"Tu warna rambut diorang."
Mataku membesar memandang kepala pink dan juga ungu di hadapanku.
Jadi diorang memang Darkrose?
Ketika pertama kali melangkah masuk ke sekolah elit ini, aku dan tiga lagi rakan baikku sudahpun diberi amaran awal oleh beberapa pelajar yang lain agar tidak membuat sebarang masalah.
Katanya kami berempat bakal berhadapan dengan Darkrose andai kami berkelakuan buruk dan sampai ke pengetahuan mereka.
Kami sempat berkenalan dengan Quinns dari kelas 5 Lily, empat orang gadis yang banyak menceritakan tentang segala kejahatan yang pernah dilakukan Darkrose di sekolah dengan sangat terperinci.
Needless to say, they practically ruled the school.
Even the principal made it onto their 'Not-So-Care' list -well Qila yang cakap.
Kami turut diberitahu bahawa kumpulan Darkrose telah dipindahkan ke London enam bulan yang lalu kerana kes berat memukul beberapa senior lelaki yang-baru-sahaja-berpindah-masuk ke kelas 5 Tulip hingga ke ICU kerana kelakuan 'menjengkelkan' - well, again, Qila yang cakap.
Ditambah juga dengan tindakan mereka yang telah membakar kereta guru disiplin beberapa hari selepasnya.
Rekod Darkrose di RGH yang terlalu teruk menyebabkan pengetua membuat keputusan menghantar mereka ke sana agar dapat memuhasabah diri masing-masing.
Aku terkejut sebenarnya kerana ini pertama kali sekolah di sini menghantar pelajar mereka ke luar negara.
Nabil dan Safiyya juga pastinya sudah biasa berhadapan dengan gadis Darkrose itu sebelum ini memandangkan mereka berdua adalah kepala kelas.
Fikiranku melayang semula ke perbualanku bersama Zara.
"Diorang tu nakal sangat ke?"
"Bukan nakal, tapijahat!"
Gadis itu menjawab penuh marah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mystère / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
