[BOOK 1]
[This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story]
Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Ardeela menurun tangga satu persatu dengan cepat , dia taknak bertembung dengan ahli keluarganya yang lain. Dia tak mahu bersarapan sekali dengan mereka
Bukan kerana tak suka tapi ada sebab kenapa dia tak mahu makan bersama dengan keluarganya
"Deela.." ardeela menghentikan langkahnya serta merta , dia kenal suara tu siapa lagi kalau bukan abang sulungnya
Ardeela memusing badannya kebelakang dan menghadap muka tenang abangnya , okay abang dia dalam mood yang baik
"Awal deela pergi kerja harini ? Kenapa tak sarapan sekali ," ardeela sudah agak pasti abang dia akan tanya soalan macam tu
"Deela banyak kerja la abang ar"
"Tahu la banyak kerja , tapi tak kan la nak sarapan sekali dengan family tak sempat kut"
Tuan arfan memandang wajah manis adik bongsunya , muka ardeela memang serupa seperti arwah mummy mereka. Setiap kali ardeela tidur dia akan masuk bilik adik dia senyap-senyap
Untuk menatap muka adik kesayangannya tidur. Itu saja cara arfan lepaskan rindu pada arwah mummy mereka
"Deela dah lambat ni abang , deela pergi dulu assalamualaikum" ardeela mencium tangan arfan dan terus pergi dari situ
Dia tak mahu lama-lama dengan arfan , takut abangnya makin banyak soalan yang dia tanyakan.
Arfan hanya melihat kepergian ardeela dengan mata kosong , bila la dia dapat tengok semula senyuman adiknya
Dia rindukan ardeela yang dulu , waktu gadis itu berumur 5 tahun. Senyuman ardeela sangat manis sesuai dengan namanya
'Mummy , princess kesayangan kita dahbesar sebijik macam mummy. Kalau mummy adalagimestideelatakmacamni kan' bisiknya dalam hati. Arfan berharap akan ada seseorang yang mampu kembalikan senyuman adiknya.
Arfan terus melangkah kaki ke dapur , dia melihat ahli keluarganya semua sudah ada di meja kecuali ardeela.
"Ardeela mana ar ?" Tuan dahlan menanyakan keberadaan anak bongsunya , sudah lama ardeela tidak makan bersama-sama dengan mereka
Dia taktahu sebab kenapa ardeela sering mengelak bila ajak makan bersama , puan laura memandang arfan yang dari tadi mendiamkan diri
"Macam biasa la daddy"
Puan laura mengeluh perlahan , bukan jawapan ni yang dia mahu. Dia masih mengharapkan ardeela makan bersama dengannya.
Ariq memandang arsyad yang dari tadi makan dan tak menghiraukan orang lain , dia menyepak kaki arsyad dengan kuat . Jantan ni , orang tengah cakap pasal ardeela boleh pulak dia makan gelojoh macam tak pernah makan