Lepas kes citra di culik , mereka semua membuat keputusan untuk memperketatkan lagi sistem keselamatan rumah . Mereka tak mahu hal sama terjadi kembali .
Mereka semua mula masuk kerja seperti biasa , cakra pula sudah selesa duduk di rumah penthouse affan . Puan malika menyambut kedatangan dengan tangan yang terbuka , affan juga offer kepada cakra berkerja di syarikatnya memandangkan cakra ada phd bidang arkitek .
"Abang ?" Panggil citra , cakra menoleh ke arah adiknya sambil mengangkat sebelah keningnya . Dia menghirup air milo panas yang di buat oleh puan malika
"Mama , papa dengan kak cinta sihat ?" Cakra berhenti sejenak mendengar soalan adiknya . Matanya terus memandang tajam wajah cantik adiknya
"Kenapa adik nak tanya pasal orang yang dah buang adik macam sampah ?" Soal cakra geram , citra menunduk kepala bila raut wajah abangnya berubah menjadi marah
"Saja je tanya , abang jangan la marah" bibirnya muncung ke depan di marah abangnya , cakra menghembus nafas perlahan dia memeluk bahu adiknya dahi licin citra di cium dengan penuh kasih sayang
"Abang tak marah kat adik tapi abang marah kat mama dengan papa sanggup buang anak sendiri sebab anak pungut tu" ujar cakra panjang lebar citra terus memukul perlahan bidang dada abangnya . Dia kurang senang saat abangnya menggelar cinta 'anak pungut'
"Tak baik la abang" marah citra
"Betul la , dia tu patut sedar diri yang mama dengan papa kutip dia dekat rumah anak yatim" ujar cakra dengan kegeraman , kalau tak disebabkan cinta anak kesayangan mama dengan papanya dah lama dia halau keluar dari rumah .
Mereka sebenarnya hanya dua beradik , lepas cakra dilahirkan puan zahara dikhabarkan tak dapat bersalin lagi jadi puan zahara dan encik daud mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat perempuan kerana mama teringin mahu anak perempuan
Tapi lepas 5 tahun mama di sahkan mengandungkan citra . Mereka semua terkejut rupanya doktor salah memberi maklumat kepada puan Zahara . Namun puan zahara dan encik daud seperti tak dapat menerima berita kehamilan itu .
Mereka ada rancang untuk gugurkan kandungan tapi sudah terlambat kerana waktu itu kandungan puan zahara sudah mencecah 6 bulan jadi agak bahaya kalau mereka berdua gugurkan kandungan itu .
Cakra juga tak tahu mengapa puan zahara dan encik daud terlalu bencikan citra sedangkan citra anak kandung mereka . Berbanding dengan cinta , puan zahara dan encik daud sering agung-agungkan gadis itu . Dia kesian dengan puan zahara dan encik daud kerana selalu diperbodohkan dengan cinta .
Waktu citra difitnah tidur dengan lelaki lain sebenarnya gadis di dalam gambar itu adalah cinta tapi gadis itu edit biar mukanya berubah menjadi muka citra . Cakra tahu segalanya di sebabkan itu la dia buat keputusan untuk keluar dari rumah nereka itu . Kesal , benci dan menyesal menghantuinya kerana tak percayakan citra dahulu .
"I'm sorry" ujar cakra secara tiba-tiba , citra hanya senyum manis di depan abangnya . Dia dah lama maafkan keluarganya walaupun mereka semua layannya seperti sampah .
Sejahat-jahat mereka citra masih lagi darah daging puan zahara dan encik daud . "Sokey la abang , citra dah lama maafkan semua orang" ujarnya ikhlas . Cakra mengetatkan lagi pelukan di bahu adik bongsunya , sekali lagi dahi adiknya dikucup perlahan
"Abang citra nak minta tolong boleh ?" Pinta citra
"Boleh , adik nak minta tolong apa ?" Soal cakra lembut , citra meramas kedua tangannya .
"Tolong pujuk papa jadi wali pernikahan citra nanti boleh ?" Cakra termenung seketika memikir pertolongan adiknya . Agak susah sedikit memandangkan encik daud terkenal dengan sikap yang sangat ego .

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Боевик[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...