Flashback .
Omar bersiul gembira sambil berjalan ke arah kereta yang terparking di lorong kosong , sampul tebal berwarna coklat yang berisi duit di cium dengan rakus .
Dalam kepalanya ligat memikirkan rancangan untuk memusnahkan keluarga felix dianxander . Dendam pada keluarga itu masih tersisa dalam hidupnya
Baby shark ddu ddu ddu...
Dengar saja deringan lagu dari telefonnya , kepala omar terus berpusing ke kiri dan ke kanan memandang sekelilingnya .
Kosong
Risau kalau ada orang dengar ringtone telefonnya , nanti kantoi yang dia minat dengan lagu baby shark . Tanpa membuang masa dia terus mengangkat telefon
"Hm" sahutnya malas
"Kau nak apa call aku malam-malam ni" soalnya sambil menyandarkan badannya di kereta .
"Kau boleh sabar tak , nyawa jantan-jantan tu liat sangat nak mati . Kau sabar tak lama lagi diorang semua akan mati and kau akan jadi cucu tunggal dalam keluarga tu" sambungnya lagi .
"Aku pelik dengan kau ni , darah daging sendiri sanggup kau nak membunuhkan" kata omar sinis , matanya memandang lorong yang sepi dengan tatapan kosong .
"Heh , aku dengan kau lain . Aku nak balas dendam sebab diorang dah bunuh orang yang aku sayang . Tapi kau , kau sanggup membunuh orang yang ada pertalian darah dengan kau"
Bip .
Pintu kereta di buka perlahan , omar masuk ke dalam kereta sambil mendengar suara perempuan membebel dalam telefonnya .
"Dah la , aku ada kerja ni . Apa-apa hal aku call kau , cau lu" dia terus mematikan panggilan tanpa menunggu si pemanggil menjawab . Omar membaling ip8+nya ke kerusi sebelah
Baru saja dia hendak menghidupkan enjin kereta , omar merasakan lehernya di cucuk satu jarum tajam . Cecair yang ada dalam picagari perlahan masuk ke dalam badan omar sehingga membuatkan lelaki itu lumpuh seluruh badan sementara.
Terbeliak mata omar memandang orang yang mencucuknya di cermin pandang belakang . Matanya menangkap seorang gadis yang memakai serba hitam dan hanya nampak mata saja .
Namun omar seperti kenal dengan anak mata yang berwarna coklat cerah memandang tajam wajahnya saat ini .
"K-kau-" omar tak sempat menghabiskan ayatnya , perlahan-lahan matanya layu sehingga la semuanya menjadi gelap gelita .
"Angkat dia" ujar gadis itu dingin
Lepas saja omar tak sedarkan diri , datang dua orang lelaki yang berpakaian sama dengan gadis itu mengangkat badan omar masuk ke dalam van putih yang tak jauh dari mereka .
Van putih mereka laju meninggalkan gadis itu berseorangan di kereta omar .
Gadis itu mengambil ip8+ yang di campak oleh omar di kerusi penumpang . Dia cuba membuka telefon itu , mujur omar tidak meletakkan password .
Dia terus menyelongkar semua data yang ada dalam telefon omar , segala rancangan omar pada keluarga felix dianxander juga ada di simpan dalam telefon lelaki itu .
"Apa ke bangang jantan ni , semua bende nak simpan dalam telefon capuk ni euw" kutuk gadis itu dengan sinis .
Dia menghantar semua data yang ada dalam telefon omar ke telefonnya .
Tapi ada satu nombor yang menarik perhatian dia .
'khai perempuan mental'
Kerana hanya nombor itu saja yang omar save dalam telefon ini .

KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Action[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...