54 🦋

3.5K 319 2
                                    

Selepas 6 jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur ke alor setar kedah akhirnya mereka semua selamat sampai ke kampung halaman ardeela .

Sepatutnya hanya 4 jam saja tapi tu la masing-masing buat hal . Lapar la , sakit perut la , itu la ini la . Lepastu si afzan boleh pula sesat jadi memakan masa sampai lebih 6 jam .

"Yeay dah sampai" ujar ardeela dengan gembira . Affan yang tertidur di kerusi sebelah terjaga bila merasa kereta dah tak bergerak .

Mereka berdua bergilir-gilir membawa kereta , sejujurnya affan tak mahu isterinya memandu tapi lepas di paksa oleh ardeela , affan bagi saja ardeela membawa kereta .

"Dah sampai ke ... Sayang ?" Baru affan mahu menanya soalan pada isterinya di sebelah , ardeela sudah keluar meninggalkan dia sendirian dalam kereta .

Tak guna punya isteri , baru tadi berpickupline . Sekarang dah kene tingal dalam kereta .

"Assalamualaikum tok ! Tokwan !!! Ni cheq mai dah ni" jerit ardeela kuat .

Haji idris dan isterinya hajah sofia yang bersantai di dapur menikmati menuman petang tercengang mendengar suara cucu kesayangan mereka .

"Bang tu macam suara deela"  ujar hajah sofia

"Dah kalau teriak lagu tu , tak lain tak bukan cucu hang la tu" balas haji Idris , hajah sofia menampar lembut bahu suaminya .

"Ish abang ni cucu pia cucu abang juga"  kata hajah sofia , sempat dia menjeling manja suaminya .

"Dah jom kita pi sambut cucu kesayangan kita tu" haji idris dan hajah sofia sama-sama bergerak ke ruang tamu untuk membuka pintu .

Buka saja pintu ardeela terus menerjah memeluk tubuh haji idris dan hajah sofia .

"Ya Allah budak ni , tak menyempat aku nak jawab salam hang dah peluk aku lagu ni" kata haji idris .

"Awat tak habaq nak mai deela oi , kalau tak tokwan masak makanan kegemaran hang" ujar hajah sofia sambil membelai rambut cucu kesayangan . Pipi tembam ardeela dicium dengan penuh kasih sayang .

Dia meluahkan rasa rindunya pada ardeela . Haji Idris hanya mampu mengusap rambut ardeela

"Hehe saja ja cheq tak mau habaq nanti tak surprise gitew" kata ardeela dengan mengangkat sebelah keningnya .

"Banyak la hang punya surupise tu"

"Surprise la tok , surupise tu bende" ardeela membetulkan ayat haji idris dengan ketawa kecil .

"Lantak pi la nak surprise ka , surupise ka . Asalkan dengaq macam sama" kata haji idris dengan menggeleng kepala .

"Ni hang mai sorang ja ka ? Daddy hang tak ikut sekali ?" Ardeela menggeleng kepala laju .

"Amboi banyak betul kereta mai siapa depa tu deela oi" kepala hajah sofia meninjau melihat kereta-kereta yang terparking di depan rumahnya .

Ardeela menarik tangan affan untuk berdiri di sebelahnya "Ha kenalkan ni suami cheq , nama dia affan . Hat lain tu kawan cheq dengan suami depa" ardeela terus memperkenalkan affan pada haji idris dan hajah sofia .

"Ni laki hang deela ? Amboi segak betul laki hang ni" puji hajah sofia .

Affan terus menyalam tangan haji idris .

"Hang orang sini ka ?" Tanya haji Idris dengan dingin .

"Tak saya orang italispain" balas affan lembut , dia tak terasa hati dengan kedinginan haji Idris sebab awal-awal lagi isterinya beritahu yang haji Idris akan menguji dia untuk menentukan sama ada dia layak atau tidak dengan ardeela .

"Ha mai masuk dalam rumah , dah petang ni" jemput hajah sofia dengan ramah . Mereka semua terus masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa .

"Kamu semua ni dari Kuala lumpuq ke ?" Soal hajah sofia dengan slang kl .

"Haah makcik kami semua dari kuala lumpur" jawab lestari dengan senyuman lebar

"Eh tak payah panggil makcik panggil je tokwan , jangan risau tokwan boleh cakap oranq bandaq" kata hajah sofia lembut .

" Ni nama yang lain siapa ?" Sambung hajah sofia lagi .

"Saya afzan adik ipar cucu tokwan , ni isteri saya citra" afzan mula mengenalkan diri dia dan juga isterinya pada hajah sofia .

"Saya izham , sepupu suami deela dan ni isteri saya lestari" izham juga mengenalkan dirinya dan lestari

Hajah sofia mengangguk kepala perlahan .

"Saya harriz , sepupu affan . Ni isteri dan anak saya may dengan fairah" kini harriz pula mengenalkan dirinya .

"Amboi nama bini-bini hampa semua unik na , sedap telinga dengar" puji hajah sofia dengan ikhlas , haji idris hanya diam di sebelah isterinya .

"Pergi salam tok dengan tokwan" bisik may di telinga fairah .

Fairah bangun dari riba harriz dan menuju ke arah haji Idris dan hajah sofia . Tangan tua haji idris dan hajah sofia di kucup lembut .

"Assalamualaikum tok dan tokwan , nama kita fairah wong panggil kita fairah atau irah je" kata fairah dengan lancar , hajah sofia terus mencubit perlahan pipi fairah .

Kecomelan fairah mencuit hati tuanya .

"Meh sini duduk dekat tokwan" hajah sofia terus mengangkat fairah untuk duduk di atas ribanya . Fairah pula hanya diam di riba hajah sofia , dia bermain dengan tapak tangan hajah sofia yang sedikit berkedut .

"Maaf la waktu hampa semua nikah tok dengan tokwan tak pergi , maklum la waktu kamu semua nikah cucu kami pun nikah juga" kata hajah sofia dengan nada serba salah .

"Fahmi nikah dah ke tokwan ? Dengan siapa ?" Soal ardeela laju .

"Dengan nadia anak haji jamal tu" ardeela mengangguk kepala perlahan , kawan kecil merangkap abang susuan sudah kahwin dengan pilihan dia sendiri .

"Sampai hati si keding tu tak habaq dekat cheq , nak merajuk la satg dengan dia" ardeela memuncungkan bibir kedepan sambil memeluk tubuh .

"Ha satg dia balik hang pi tibai dia sampai lunyai" kata hajah sofia selamba .

"Ni deela , daddy hang apa khabaq ? Sejak kahwin dengan perempuan tu langsung tak telefon kami" kini haji Idris mengeluarkan suaranya . Ardeela cuma mampu mengangkat kedua bahunya

"Entah la tok , macam tak kenai perangai daddy tu lagu mana . Kalau dah masuk office semua benda dia lupa tok" haji idris menggeleng kepala perlahan .

"Affan kerja apa dekat bandar tu ?" Soal hajah sofia pada menantu cucunya 

"Kerja biasa-biasa je tokwan" balas affan segan , dia mengosok belakang tengkuk perlahan .

"Dia ceo merangkap bos kami tokwan" afzan laju memotong . Harriz dan izham mengangguk kepala berkali-kali

"Heh tak ada tokwan depa semua ni boss dekat dalam satu company tu" sambung ardeela pula . Affan , afzan , harriz dan izham cuma tersengih busuk di hadapan haji idris dan hajah sofia .

"Amboi anak orang kaya la ni?"

"Tak ada kaya pun la tokwan , kekayaan yang kami dapat ni pun daripada Allah" ujar affan dengan merendahkan diri .

Haji Idris dan hajah sofia mengangguk kepala serentak .

"Jom la minum petang dekat dapuq tapi tokwan hang buat ayaq teh , pekena dengan biskut kering sedap tu" haji idris mengangkat punggung bangun dari sofa . Semua juga bangun mengikut haji Idris ke dapur untuk menikmati minuman petang .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang