12 🦋

4.7K 405 43
                                    

Eryna menolak kasar semua barang makeup di atas meja , hati dia panas bila puan marlinda bagitahu yang affan akan bertunang . Bertahun-tahun dia kejar affan tapi sikitpun lelaki itu tak memandang dirinya

Apa bagusnya perempuan tu sampai affan nak sangat kahwin dengan dia ?

Gambar affan yang tergantung di ambil , jarinya mengusap perlahan gambar affan . Lelaki yang dia idamkan selama ni , kenapa affan tak pernah nampak yang dia betul-betul cintakan lelaki tu

Mata eryna terasa suam sikit lagi airmatanya mengalir deras

"Kenapa abang rey tak pernah nampak yang eryna cintakan abang !" Hati dia terluka parah , affan yang seharusnya menjadi milik eryna kini di rampas

"Kalau eryna tak dapat abang , tak ada seorang pun boleh dapat abang ! Abang milik eryna seorang je !" Ujar eryna dengan penuh dendam , dia akan pastikan affan dengan perempuan itu takkan bahagia.

"Kak ?" Ermina masuk ke dalam bilik eryna selepas dengar barang jatuh , dia risau kalau kakak dia buat bende bukan bukan . Ermina jalan menghampiri eryna bahu kakaknya di sentuh perlahan

Eryna menolak kasar tangan adiknya , "kau nak apa masuk bilik aku ?" Soalnya kasar , ermina mengangkat bahunya

"Takde la aku dengar bunyi bising , sebab tu aku datang tengok" balas ermina selamba , matanya melirik ke tangan kakaknya yang masih pegang gambar affan

"Kau mengamuk ni sebab abang rey?" Ermina tahu yang kakaknya tergila-gilakan abang sepupu mereka , dah banyak kali dia bagitahu yang affan hanya anggap mereka seperti adik perempuan dia . Tapi eryna melebih

"Kau jangan nak sibuk hal aku boleh tak ?" Marah eryna , Eryna menjeling tajam wajah polos adiknya , geram bila ermina cuba menyibuk urusan dia . Ermina mencebik bibir bila eryna marahinya , sikit-sikit nak marah nanti cepat tua baru tahu

Dia terus jalan keluar dari bilik eryna , menyampah dia duduk lama-lama dalam bilik kakaknya . Nanti ada je bende yang eryna nak marah

Tak habis-habis nak kejar affan , dah terang-terang lelaki tu suka orang lain. Macam la dekat dunia ni dah tak ada lelaki lain selain abang sepupunya.

Ermina menghampiri puan marlinda yang duduk di ruang tamu , tubuh wanita tua itu di peluk perlahan . Puan marlinda terkejut bila anak bongsunya tiba-tiba peluk , bibirnya terus terukir senyuman manis

Rambut ikal mayang ermina diusap lembut , ermina terus melabuhkan kepalanya di peha puan marlinda . Rindu nak manja dengan mamanya

"Ni kenapa datang datang je terus nak manja dengan mama ? Tak malu ke dah besar ?" Ujar puan marlinda , hidung mancung ermina dicubit manja

"Hehehe , buat apa mina nak malu , dalam rumah ni mina still budak budak lagi" ujar ermina sambil tersengih comel , puan marlinda ketawa perlahan . Tingkah ermina tak pernah tak buat dia bahagia

Berbeza pula dengan eryna , gadis tu suka buat darahnya naik . Ada je anak keduanya buat hal yang buatkan dia dengan suaminya pening .

Ermina dan eryna ibarat langit dan bumi .

"Mama" sahut ermina , matanya melekat pada kaca tv yang bersiaran cerita korea favourite dia dan puan marlinda

"Ye sayang ?"

"Abang rey nak kahwin dengan siapa ?" Soal ermina , dia pun nak tahu siapa perempuan yang buat abang sepupunya tergila-gilakan dia sampai kakaknya marah sangat-sangat ? Puan marlinda memikir sejenak nama perempuan yang puan malika sebut petang tadi

"Tak silap mama , nama dia ardeela medina" ujar puan marlinda , dia akui bakal menantu kaklongnya sangat cantik . Nasib la anak sulungnya dah kahwin kalau tak dia suruh erriq rebut ardeela dari affan

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang