39 🦋

3.7K 314 12
                                    

lestari tak lepas memandang wajah suaminya yang masih belum sedarkan diri , mujur la izham sudah melepasi kritikal kalau tak sampai bila la suaminya akan terbaring seperti mayat .

"Dah sebulan awak baring terkaku macam ni , bila awak nak bangun . Awak tak sayang saya ke ? Awak kata nak jaga saya lepas kita kahwin tapi kenapa awak tak bangun" ujarnya sambil mengosok lembut kekura tangan suaminya  , dia hanya mampu berdoa agar izham cepat sedar dari koma

"Saya bosan tau , Semua kawan-kawan saya bersweet depan saya . Tahu la saya tak boleh sweet dengan awak tapi tak apa lepas je awak bangun saya nak bermanja je dengan awak walaupun kita tak pernah jumpa selama ni" mengadunya lembut .

Tangan besar izham di bawa ke mulut sebelum dia mengucup perlahan tangan suaminya . "Awak bangun cepat tau , saya tak tahan rindu dekat awak ni" sambungnya lagi . Kini pipi izham pula di usap dengan penuh kasih sayang , dia terus menghembus nafas pasrah .

"Babe" may menepuk perlahan bahu sahabat . Lestari tersentak sekejap , dia terus memandang muka may yang kelihatan mendung .

"Asal muka kau mendung je ? Gaduh dengan harriz ke ? Mana yang lain ?" Bertubi-tubi lestari menanya kepada may .

"Muka aku mendung sebab kesian dekat kau" ujarnya sambil menolak sedikit kepala lestari .

"Yang lain ada kat luar tadi nak masuk tapi kau tengah melepaskan nafsu rindu kau tak jadi la kitaorang nak masuk . Ni aku masuk pun nak pujuk kau je" sambungnya lagi dengan panjang lebar , lestari mengangguk kepala berkali-kali

"Suruh la diorang masuk aku dah settle lepaskan nafsu rindu aku"

"Bodoh la kau ni"

Mereka berdua ketawa kecil serentak . Terasa hilang sedikit rasa sedih dalam diri lestari lepas semua datang memberi semangat kepadanya .

"Kak lestariku yang cantik jangan sedih-sedih tau ni mina bawakan bunga untuk kak lestari" ujar ermina seraya menyerahkan bouquet bunga ros pada lestari .

Lestari menyambut dengan penuh gembira , senyuman manis terukir dibibirnya .

"Thankyou mina"

"Most welcome my pretty sister"

"Untuk kitaorang tak ada ke ?" Soal citra sambil jari telunjuknya menuju pada diri sendiri dan juga kepada may dengan ardeela

"Suami sendiri ada kan ? Suruh la diorang beli sendiri , lain la kak lestari suami dia dah macam mayat atas katil tu" balas ermina selamba

Semua ketawa besar mendengar jawapan selamba ermina kecuali qaiser . Dia hanya menatap wajah gembira ermina dalam diam , ermerson menolak sedikit sikunya ke pinggang qaiser .

Dia bukan tak nampak yang qaiser hanya memandang ermina dari tadi . Dalam hatinya sudah bersyukur bila sahabatnya mula membuka hati untuk menerima cinta baru .

"Kalau suka cakap je tak payah nak sorok-sorok" qaiser cuma diam tanpa niat membalas ayat emerson.

Eryna yang berada di luar bilik izham hanya melihat dari jauh . Malas nak masuk ke dalam , nanti hati sendiri yang sakit melihat wajah affan yang sudah menjadi suami orang .

Tapi tadi dia melihat muka ardeela dingin saja , bergaduh dengan affan ke ? Dia mengangkat kedua bahunya sebelum meninggalkan bilik izham .

"Eryna !" Kaki eryna berhenti melangkah , badannya menjadi kaku seketika , dia kenal suara tu . Perlahan dia memusing badanya ke belakang

"F-firash ?" Dia memandang wajah firash dengan riak yang terkejut . Lelaki yang bernama firash menapak laju ke arahnya , sampai saja di hadapan eryna , firash terus memeluk tubuh ramping eryna di khalayak ramai .

Eryna juga membalas pelukan firash tanpa segan silu , sahabatnya yang belajar di luar negara sama-sama . Hanya firash seorang saja kawan lelaki yang dia ada selama ni

"Long time not see you babe" ujarnya setelah melepaskan pelukan , eryna cuma mengukir senyuman gembira . 

"Omg , bila you balik sini firash . Kenapa tak bagi tahu i kalau tak i boleh ambil you tau"

"I saja nak buat surprise kat you tapi tu la dah jumpa pula dekat sini , eh btw you buat apa hospital ni ? You sakit ke ?" Ujar firash dengan risau , dia terus membelek-belek tubuh eryna .

"Nope bukan i la yang sakit , cousin i masuk hospital" eryna menghentikan tangan firash yang tak berhenti membelek badannya .

"Cousin you yang mana satu ?"

"Abang adam"

Mulut firash membulat kedepan .

"And you buat apa dekat sini ? Sakit juga ke ?"

"No no i baru lapor diri tadi , i transfer masuk hospital dekat sini"

Eryna mengangguk kepala berkali-kali .

"You free kan sekarang ni ?"

"Free why ?"

"Jom lepak , i miss you so much , please please please ..." eryna membuat muka comel di depan firash . Laju saja tangan firash mencubit pipi tembam eryna

"Jom , alang-alang tu ajak yang lain jugak and i also miss you too baby" eryna terus memeluk lengan sado sahabatnya dan meninggalkan hospital .

Tanpa mereka berdua sedar arfan memerhatikan mereka dengan pandangan yang mengerikan . Orang yang lalu lalang berdekatan merasa aura yang tidak menyenangkan sehingga naik bulu roma mereka .

Dia mengengam kedua tangannya , sikit lagi dia mahu menumbuk dinding . Nasib baik dekat hospital kalau tak dah lama pecah dinding di sebelahnya

"Kau tak dapat affan , kau pergi mengatal dengan lelaki lain eh eryna . Tak apa kau tunggu nasib kau" arfan terus pergi dari hospital . Dia datang ke situ mahu melawat izham tapi tak jadi lepas melihat eryna bermesra dengan lelaki lain .

"Malam ni kau akan jadi milik aku" ujarnya sebaik naik kereta . Arfan mengeluarkan telefon di dalam poket seluarnya sebelum mendail menelefon seseorang .

"Hello , aku ada kerja untuk kau malam ni"

"Duit macam biasa , bagus" arfan terus mematikan panggilan . Dia tersenyum sinis memikirkan nasib eryna nanti .

"Aku dah cakap , kau milik aku selamanya , tak ada jantan lain yang boleh ambil kau dari aku eryna" ujarnya dengan sinis . Arfan  menghidupkan enjin kereta sebelum bergerak meninggalkan hospital .

Tak sabar mahu melihat eryna jatuh dalam genggamannya malam ini .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang