64 🦋

3.6K 326 20
                                    

Affan , afzan , harriz dan izham berdiri tegak di halaman rumah haji Idris sambil bercekak pinggang .

Kok

Kokk kokk

Kokkk

Mereka berempat menelan liur dengan kesat memandang reban ayam . Bau taik ayam menyengat di hidung mereka .

Haji idris menghampiri mereka , wajahnya di sengaja dibuat menjadi garang .

"Kamu berempat tunggu apa lagi pi la cepat" sergah haji idris di belakang mereka berempat .

"Tok , biaq betui tok" kata afzan , dia mengaru kepala kasar . Harriz , izham dan affan mengangguk kepala serentak . Riak wajah mereka berempat jelas geli dengan reban ayam di depan mereka .

Para si isteri hanya melihat dari jauh . Dalam hati mereka sudah gelakkan suami-suami mereka berempat .

"Tokwan boleh ke diorang tu tangkap ayam-ayam tu ?" Tanya citra sebelum mencolek asam dengan buah mangga . Hajah sofia menayang senyuman lebar .

"Entah la , kita tengok je la laki laki hampa semua tu lepaih ke dak . Orang putih cakap apa wait and see gitu" mereka berempat ketawa serentak mendengar kata hajah sofia .

Para si suami pula sakit hati bila isteri isteri mereka seronok ketawa melihat mereka berempat terseksa dalam reban ayam ni .

"Assalamualaikum tok , tokwan" suara fahmi menyapa gegendang telinga mereka semua . Dia dan isterinya menghampiri hajah Sofia yang duduk di beranda bersama adik susuannya .

"Ha fahmi bila sampai ?" Tanya hajah sofia sambil menghulurkan tangan kepada cucu dan juga menantu cucunya .

"Baru ja tokwan , balik dari honeymoon kami terus singgah sini" jawab fahmi sambil menyalam tangan tua hajah Sofia di ikuti dengan isterinya , dia mengambil tempat di sebelah ardeela .

"Hang kahwin tak ajak aku noh" kata fahmi pada ardeela , dia mengekeh kepala perlahan kepala adik susuannya .

"Hang nak kata aku yang hang tu , tau tau kahwin dengan nadia , langsung tak cerita kat aku" balas ardeela dengan mulutnya penuh dengan buah mangga .

"Hang ni tak senonoh betui la , habiskan la dulu buah mangga dalam mulut tu . Menyembur tau dak" marah Fahmi . Dia dan ardeela memang tak boleh berjumpa mesti ada je benda yang nak di gaduhkan .

"Ni nadia , macam mana hang boleh sangkut dengan abang aku ni . Dia ni dah la tak senonoh , mulut bau longkang . Hati dia tu ey tok sah kata busuk ya amat" kutuk ardeela di depan fahmi .

Nadia cuma ketawa kecil .

"Entah la deela , dah dia je dalam kampung ni ada rupa kalau dak tak ada maknanya aku nak kahwin dengan dia" gurau nadia selamba . Menjengkil mata fahmi memandang isterinya .

"Amboi sayang , kemain lagi dia kutuk abang nah . Satg abang harap anak kita semua keluaq ikut muka abang ja biaq padan muka dia" kata fahmi .

"Dak dak , jangan harap keluaq muka abang . Nadia yang penat penat mengandung suka hati dia ja keluaq ikut muka dia"

"Ha ! Cakap pasal mengandung-mengandung ni hang dah ada isi ka nadia ?" Celah ardeela laju , cepat-cepat tangan dia menyeluk memegang perut kempis nadia . Nadia terus menepis lembut tangan ardeela .

"Belum lagi la , hang ni pun deela" kata nadia dengan wajah yang sudah kemerahan

"Kalau ada pun Alhamdulillah la" kata fahmi sebelum dia dengan ardeela ketawa besar bersama-sama .

"Amboi sakan nah hang gelakkan bini hang" ketawa fahmi terhenti bila haji Idris menarik belakang bajunya . Terundur fahmi berjalan kerana di tarik oleh haji idris menuju ke arah reban ayam .

"Eh tok tok" haji Idris menarik fahmi sekali untuk menyertai mereka untuk menangkap ayam . 

"Tok fahmi baru sampai , bagi la fahmi rehat dulu tok" kata fahmi , dia sengaja membuat muka penat . Haji idris menggeleng kepala laju .

"Hang penat ka tak penat ka , aku tak kira la ni hampa semua pi tangkap dua ekor ayam tu" arah haji idris dengan tegas .

Terus berkerut seribu dahi mereka berlima .

"Hang jangan nak buat muka fahmi , bukan hang selalu pedajalkan ayam aku ka ? La ni ha pi la kejaq ayam ayam aku tu" fahmi memuncung bibir sedepa .

"Kau suami deela kan?" Tanya fahmi , dia menghulur tangan ke arah affan . Affan mengangguk kepala sambil menyambut salam fahmi .

Macam mana dia tahu ? Sebelum dia kahwin adiknya ada hantar gambar perkahwinan ardeela dengan lelaki di depannya . Jadi dia ingat muka suami adiknya .

"Affan" jawab affan sepatah .

"Fahmi" begitu juga dengan fahmi . Kini tangan dia beralih untuk menyalam afzan , harriz dan izham .

"Afzan"

"Harriz"

"Izham"

Kata mereka dengan menyambut huluran tangan fahmi .

"Kau orang kalau datang sini hati kene kental..." Kata fahmi , dia sengaja meleretkan suara untuk menakutkan adik-adik iparnya .

Dia mendekatkan sedikit badannya ke arah affan , afzan , harriz dan izham .

"Hat belakang tu bukan orang tapi monster menakutkan" sambung fahmi , serentak dengan itu . Satu selipar melayang tepat mengenai kepala fahmi .

"Aduh" adu fahmi dengan menggosok kepalanya .

"Hang ingat aku pekak , amboi suka hati hang ja kata aku monster . Habis kalau aku monster hang tu apa ? King kong sesat dekat sini" kata haji idris dengan nada menyeramkan .

"Tok ni cheq bergurau je" jawab fahmi . Nada suaranya berubah menjadi sayu .

"Dah cepat , lepas tangkap tu hang pi sembelih ayam ayam tu"

"Ha sembelit tok ?" Jerit mereka berlima serentak .

"Sembelih setan sembelih ! Hampa jangan sampai aku lepaihkan angsa angsa aku . Biaq dia menyudu hampa semua" kata haji Idris geram . Laju fahmi , affan , afzan , harriz dan izham berlari masuk ke dalam reban ayam .

Ketawa gembira mereka jelas di pendengaran haji idris . Lelaki tua itu hanya mampu menggelengkan kepala perlahan .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang