62 🦋

4.1K 328 59
                                    

Malam yang di nanti-nantikan oleh hawa akhirnya tiba . Dia duduk di depan cermin make up dengan kaki di silang ke atas . Hawa mengambil bedak compact lalu ditancap pada wajahnya agar kelihatan pucat .

Dia tersenyum puas dengan bila mukanya kelihatan sangat pucat .

Buta ? Oh tentu tidak . Dia sebenarnya tak buta pun , hawa hanya pura-pura buta untuk memancing arfan untuk membalas dendam pada eryna .

Lepas dia hancurkan hidup eryna baru la dia akan buat hidup arfan menderita dengan teruk . Itu rancangan dia untuk balas dendam pada arfan dan eryna .

Lamunan hawa terhenti bila mendengar deruan kereta arfan . Senyuman sinis mula terlukis di bibir pucatnya . Hawa mengelipkan mata berkali-kali untuk memulakan lakonannya sebagai 'isteri arfan yang buta' .

"Sayang" sapa arfan sebaik saja masuk ke dalam bilik . Senyuman sinis hawa berubah menjadi senyuman manis . Dia masih setiap di depan meja make up , arfan menghampiri hawa lalu mencium lembut isterinya .

Hawa hanya diam menerima ciuman dari arfan . Dalam hatinya sudah menyumpah lelaki itu . Geli .

Arfan mengerut dahi melihat hawa yang mendiamkan diri . " Kenapa sayang diam je hari ni ? Sayang tak sihat ke ?" Tanya arfan dengan risau , dia membalikkan badan hawa menghadapinya . Bulat mata arfan melihat wajah isterinya sangat pucat

"Tak ada la abang" kata hawa dengan suara yang dibuat perlahan . Kononnya yang dia sedang sakit saat ini .

"Habis tu kenapa muka sayang pucat sangat ni" kata arfan . Dia meletakan belakang tapak tangan di dahi hawa .

"Hawa tak demam la abang , cuma pening sikit . Ye la hawa kan tengah mengandung sekarang ni , jadi tak sedap badan je" kata hawa untuk meyakinkan lelaki di hadapannya . Seperti jangkaannya pasti lelaki itu akan percaya kata-kata , contohnya lelaki itu sedang mengangguk kepala sekarang .

"Sayang dah makan ?" Tanya arfan . Hawa menggeleng kepala perlahan .

"Kenapa tak makan lagi ?"

"Hawa tak ada selera la abang , bila nampak makanan je hawa nak muntah" kata hawa dengan nada manja . Arfan mengosok lembut kepala isterinya

"Tadi sayang cakap nak ayam kan ?" Hawa mengangguk kepala .

"Jom abang ada beli ayam yang sayang minta tu" kata arfan

"Betul ke abang ?" Tanya hawa gembira . Arfan mengangguk kepala sambil tersenyum gembira

"Sayang turun dulu abang nak minta leora buatkan air untuk kita" arah arfan pada isterinya . Hawa mengangguk kepala , dia turun ke bawah sementara suaminya memanggil eryna .

Sampai di tangan terakhir hawa mengintai sedikit kepala ke atas untuk melihat suaminya . Hawa kembali mengukir senyuman sinis . Dia melangkah ke dapur dengan lenggang , tak sabar mahu melihat eryna di marahi suaminya malam ini .

Eryna menadah tangan berdoa pada Allah , dia menangis sepuas puasnya di atas sejadah .

"Ya Allah , mungkin ini balasan kepadaku kerana mengambaikan engkau selama ini ya Allah . Engkau ampuni la dosaku dosa suamiku dosa maduku dan keluarga ku ya Allah . Engkau lembutkan la hati suamiku , jangan jadikan dia seorang suami yang dayus ya Allah dan engkau kuatkan la hatiku untuk bertahan dalam alam perkahwinan ini ya Allah , sesungguhnya aku adalah hamba mu yang lemah . Ya Allah , ampuni la aku kerana telah meyakitkan hati madu ku seadainya dia tahu yang suaminya telah menduakan dia dalam diam . Sesungguhnya kau maha pengampun . Amin ya Rabbal Alamin"

Eryna menekap tangan di mukanya , air matanya tak berhenti menangis . Hatinya saat ini terasa sangat tenang , dia dah lama tinggalkan solat . Terakhir dia solat  ialah darjah 6 , lepas itu dia mula tinggalkan solat sehingga umurnya 26 tahun .

01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang